Biar berbekas
Book Review 2023
Jumlah paparan: 2854
Biar berbekas - Roza Roslan
ISBN : 9789672038610
Penerbit : Must Read
No. Panggilan : BJ1583 .R69 2018
Tahun diterbitkan : 2018
Muka surat : 361 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89761
Ringkasan buku oleh: Nor Nadia Shahida Binti Zakria, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789672038610
Penerbit : Must Read
No. Panggilan : BJ1583 .R69 2018
Tahun diterbitkan : 2018
Muka surat : 361 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89761
Ringkasan buku oleh: Nor Nadia Shahida Binti Zakria, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Biar Berbekas merupakan kisah kehidupan seharian yang dikaitkan dengan tanda kebesaran Allah yang sering kita terlepas pandang. Mesejnya jelas, sangat terkesan dan berbekas. Penyampaian dari buku ini sedikit sebanyak telah banyak ubah cara kita berfikir dan menjalani kehidupan.
Buku ini juga dapat mengamit kenangan dengan segala kisah sangat berkaitan dengan kenangan hidup sewaktu berada di kampung. Suasana dan rasa yang sangat berbeza berbanding cara hidup masa kini.
Menghidupkan jiwa yang sedang mencari bahagia yang sebenar. Menjentik rasa yang sedang leka mengejar hidup penuh 'mewah'.
Tersentuh kisah emak, pada bab 'sifir warisan Bonda'. Terasa, berapa lama lagi baki yang masih ada untuk bersama.
Segalanya tentang buku ini adalah keindahan yang takkan berulang kembali.
Bacalah dan berpijak di bumi yang nyata!
Buku ini sangat sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat kerana cara penyampaiannya yang dapat menyentuh hati sesiapa sahaja. Kita perlulah sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT dalam setiap ujian yang ditimpakan kepada kita. Kerana ujian itu bukanlah dari segi musibah sahaja, tetapi juga dalam bentuk kesenangan. Semoga kita semua mampu menerima setiap teguran yang positif untuk kebaikan diri kita sendiri.