Panduan Diet Untuk Golongan Darah AB

Panduan Diet Untuk Golongan Darah AB

Image
Darah berperanan penting untuk mengangkut zat-zat yang diperlukan anggota badan seperti oksigen dan makanan. Ia bertujuan mempertahankan organ badan daripada serangan penyakit. Oleh itu, penghasilan darah yang berkualiti memerlukan makanan yang seimbang.

Terdapat empat jenis darah iaitu A, B, AB dan O. Setiap jenis darah mempunyai rhesus positif (Rh +) dan rhesus negative (Rh -). Menurut Dr. Peter D’ Adamo, golongan darah AB jarang ditemui. Golongan ini lebih stabil berbanding golongan darah A dan B. Hal ini disebabkan ia memiliki sebahagian besar gen darah A dan B dan mempunyai daya tahan yang baik terhadap serangan penyakit, kecuali penyakit jantung, kanser, strok dan saraf. Tubuh golongan AB berkemampuan rendah menghasilkan fosfatase alkalin sebagai pemicu rongga tulang.
Buku ini menyentuh tentang hubungan makanan dengan jenis darah, pengambilan makanan yang sesuai untuk golongan darah AB, diet golongan darah AB dengan menu yang seimbang, bahan makanan untuk golongan darah AB dan yang paling menarik dalam kandungan buku ini adalah resepi yang disediakan untuk golongan tersebut.

Golongan darah AB ini sesuai mengambil makanan yang dianjurkan golongan darah A iaitu sayur-sayuran dan golongan darah B iaitu susu dan ikan. Dari segi metabolisme, golongan darah AB tidak digalakkan mengambil makanan yang mengandungi asid lambung yang rendah. Antara contoh bahan makanan yang sesuai diambil adalah beras putih, oat, daging kambing, ikan sardin, keju, tempe dan banyak lagi. Manakala contoh makanan tidak sesuai atau perlu hindari adalah daging lembu, belut, telur itik, mentega, kacang hijau, bayam, tembikai dan lain-lain lagi yang disenaraikan dalam buku tersebut.

Buku ini sesuai dibaca untuk semua golongan tetapi sangat sesuai kepada golongan darah AB untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan. Selain itu, gaya bahasa yang sangat ringkas dan disertakan dengan banyak gambar. Penulis menekankan bahawa pengambilan makanan mengikut darah dapat menyelaraskan tubuh dengan asupan gizi yang sesuai. Kesannya, tubuh kelihatan sihat dan bebas daripada serangan penyakit. Apabila tubuh badan sihat maka kita boleh melakukan aktiviti yang kita sukai setiap hari dan hidup dalam keadaan tenang. Siapa yang tidak ingin sihat bukan?

Print   Email