Tumbuhan Herba Untuk Mengatasi Influenza

Tumbuhan Herba Untuk Mengatasi Influenza

'Tumbuhan Herba Untuk Mengatasi Influenza'- Dr. Herti Maryani, Lusi Kristiana

ISBN : 9789831974209
Penerbit: Synergy Media
No. Panggilan: RS164 .M37 2006
Tahun diterbitkan : 2006
Mukasurat: 63
Url Efind : https://efind.ump.edu.my:8443/cgi-bin/koha/catalogue/detail.pl?biblionumber=33759

Pengulas :
En. Syed Mohd Faiz Bin Syed Abdul Aziz, Pembantu pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Influenza penyakit berjangkit dan mudah merebak !!

MENGHIDAP batuk, demam dan sakit badan? Mungkin tertanya-tanya sama ada menghidap COVID-19 atau influenza. Namun, tidak akan dapat membezakan, melainkan melakukan ujian keatas kedua-dua penyakit berjangkit itu.

Influenza merupakan penyakit berjangkit di saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus yang tersebar di udara dengan bebas dan paling mudah dijangkiti oleh sesiapa saja, baik orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Buku ini ditulis untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang influenza dan cara mencegahnya serta cara mengubatinya dengan menggunakan herba tradisional dengan cara yang betul.

Penulis juga turut menyenaraikan beberapa jenis tumbuhan herba yang berkhasiat dan sesuai untuk membantu menyembuhkan influenza. Selain itu, penulis juga berkongsi pengalaman-pengalaman pesakit influenza yang telah sihat dengan mengamalkan ubatan tradisional.

Print   Email