Tavelog Impian Abadi

Tavelog Impian Abadi

'Tavelog Impian Abadi '- Roza Roslan

ISBN : 9789673660551
Penerbit: : PTS Islamika Sdn Bhd
No. Panggilan: BP166.7 .R69 2011
Tahun Diterbitkan: 2011
Mukasurat: 257
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=60676

Pengulas :
Pn. Nor Nadia Shahida Zakria, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Ringkasan dari kata-kata penulis, "Esok, saya tidak pasti apa yang bakal saya lalui. Esok terlampau panjang. Sejam daripada saat ini tidak jelas dan nyata, apatah lagi bagi memikirkan hari esok". "Jika sampai masanya dipanggil pulang, entah sempatkah saya berlari pulang ke pangkuan mereka yang tersayang. Mampukah saya memohon keampunan dan mengucapkan selamat tinggal..." Penulis menyingkap dan mentafsir makna kehidupan yang dilaluinya dari sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini untuk memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi?

Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul? Atau kita banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh nafsu dan emosi melulu, bukannya akal sihat, sesuai dengan ajaran-Nya?

Kesinambungan daripada Travelog Cinta Abadi. Travelog Impian Abadi, penulis membawa pembaca menyusuri kehidupan sebagai mahasiswa, percintaan di kampus, sehingga ke alam perkahwinan. Buku ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung, yang mempunyai cita-cita besar untuk mengubah nasib keluarganya. Gadis ini telah mendapat tawaran ke ITM Dungun, dan juga dari jiwa anak remaja yang belum pernah berpisah jauh dari keluarga akhirnya bertekad demi mengejar impiannya. Seorang remaja yang mempunyai cita-cita untuk ke luar negara. Kita masih lagi dapat melihat kekuatan penulis dengan doa dan gerak hatinya yang tulus. Secara ringkasnya, penulis berjaya membuatkan kita merasa seperti berada dalam setiap perjalanan hidupnya. Coretan dari setiap pengalaman yang diingati penulis sangat mengagumkan, kerana penulis mampu mengingati sekecil-kecil kenangan dan pengalaman yang pernah dilalui sepanjang hidupnya. Penulis juga berjaya membuatkan saya sendiri mengenang kembali saat-saat pertama kalinya saya masuk ke kolej dan berjauhan dari keluarga. Saya juga memahami perasaannya. Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan motivasi yang baik bagi golongan remaja dan dewasa.

Print   Email