Srikandi Srikandi yang Benar
‘Srikandi Srikandi yang Benar’ – Zahiruddin Zabidi
ISBN : 9789674080327 (hbk.).
Penerbit : Batu Caves, Selangor : PTS Litera Utama, 2012
No. Panggilan : BP73 .Z34 2012
Tahun diterbitkan : 2012
Muka surat : 464
URL efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=68983
Buku ini mengisahkan tentang tiga orang srikandi iaitu Aminah,Fatimah dan Rabiatul Adawiyah yang sangat mulia disisi Allah S.W.T dan sangat mahsyur di zamannya serta menjadi contoh wanita yang sangat hebat dalam sejarah islam.
Bermula dengan kisah Aminah binti Wahab atau lebih dikenali sebagai ibunda kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan seorang isteri yang sangat taat dan cinta kepada suaminya serta seorang ibu yang sangat kasih kepada anaknya. Diikuti dengan kisah kedua iaitu Fatimah bintu Muhammad, lebih dikenali sebagai puteri bongsu Rasulullah S.A.W dan isteri kepada Saidina Ali, khalifah ke empat Khulafa Ar-Rasyidin. Beliau seorang wanita yang cantik dan mempunyai akhlak yang sangat baik. Sifat penyayangnya kepada ayah dan suami tiada tolak bandingnya. Kisah terakhir, menceritakan seorang wali Allah S.W.T bernama Rabiatul Adawiyah, seorang wanita yang cekal dalam mengharungi cabaran hidup dan sanggup melepaskan nafsu dan kekayaan duniawi semata-mata cintanya kepada Allah S.W.T.
“Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga didalam rumah tangga” Sesungguhnya iktibar serta pengajaran yang terdapat di dalam buku ini sesuai untuk diteladani oleh semua pembaca terutama wanita masa kini.
Ulasan buku oleh:
En. Mohd Fazaldin bin Abdul Latif, Pembantu Pustakawan
En. Mohd Fazaldin bin Abdul Latif, Pembantu Pustakawan