Reformasi Hati Kita
'Reformasi Hati Kita'- Syeraho
ISBN : 9789832423102
Penerbit : Iman Publications
No. Panggilan : BP188 .S94 2014
Tahun diterbitkan : 2014
Muka surat : 101
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87878
ISBN : 9789832423102
Penerbit : Iman Publications
No. Panggilan : BP188 .S94 2014
Tahun diterbitkan : 2014
Muka surat : 101
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87878
Buku ini merupakan sebuah rujukan bagi pembaca dalam membentuk hati yang sentiasa mencari keredhaan Allah walau dalam apa jua keadaan dan seterusnya memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Penulis berkongsi tips dan pengalaman untuk diaplikasikan dengan mudah dalam kehidupan seharian kita.
Penulis menekankan beberapa proses dalam usaha membentuk hati yang memiliki kedudukan baik di sisi Allah. Antara proses tersebut ialah membuka hati atau ikhlaskan diri ingin berubah ke jalan Allah, berusaha untuk berubah, mendidik jiwa dengan latihan yang berterusan seperti membiasakan diri membaca al-quran sehari walau sepotong ayat serta membaca dengan tajwid yang betul. Selain itu, menjaga solat serta sentiasa bersyukur juga penting dalam membentuk hati yang bersih.
Buku ini memberi manfaat dan keyakinan kepada pembaca dalam menjadi petunjuk kepada mereka yang masih lagi terumbang-ambing mencari jalan untuk membentuk hati yang baik di sisi Allah dan seterusnya terus istiqamah menjaga hati.
Ulasan buku oleh:
Pn. Noor Fateeha Mohamad, Pembantu Pustakawan
Pn. Noor Fateeha Mohamad, Pembantu Pustakawan