Mukjizat Makanan & Minuman Kesukaan Rasulullah s.a.w. Sekaligus Manfaatnya
‘ Mukjizat Makanan & Minuman Kesukaan Rasulullah s.a.w. Sekaligus Manfaatnya ’ - Najamuddin Muhammad
ISBN : 9670268818
Penerbit : Al Hidayah House of Publishers Sdn Bhd
No. Panggilan : BP184.9 D5 N35 2013 c.2

Pemilihan dan pengambilan makanan amat penting untuk tubuh badan manusia. Makanan bukan sahaja berfungsi untuk mengenyangkan dan menghilangkan dahaga, malah ianya boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Dalam trend dunia sekarang, ramai yang mula menitikberatkan soal pengambilan makanan dan diet yang sihat.
Islam itu begitu indah sekali, Rasulullah s.a.w. mendidik umatnya untuk mementingkan penjagaan kesihatan tubuh badan yang bermula daripada apa yang dimakan dan air apa yang diminum. Selain daripada memberikan kenyang dan menghilangkan haus, amalan diet Rasulullah juga amat mementingkan tentang khasiat makanan dan minuman yang diambil.Bukan sahaja khasiat dari faktor zat luaran yang penuh khasiat, malah zat spiritual juga sangat penting. Iaitu unsure halal dan suci.
Makanan dan minuman Nabi s.a.w. juga adalah ubat atau penyembuh untuk pelbagai jenis penyakit. Inilah yang diketengahkan di dalam buku ini. Makanan dan minuman kegemaran Rasulullah s.a.w. dikupaskan dan dijelaskan tentang khasiat serta mukjizatnya secara menyeluruh. Pasti anda sering mendengar nama seperti madu, zaitun, anggur, kurma, air Zamzam dan banyak yang makanan lain yang sering dimakan dan menjadi kesukaan Rasulullah. Malah makanan-makanan yang dinamakan dengan makanan sunnah ini sudah mula menjadi amalan masyarakat moden dalam menjaga kesihatan.
Buku ini sesuai dijadikan bacaan umum dan dibaca oleh pelbagai peringkat umur kerana kupasan isinya yang ringkas dan memberi pengetahuan terus kepada pembacanya. Malah saya mengsyorkan amalan pemakanan Rasulullah swt dijadikan panduan pemakanan seharian kita pada hari ini bagi menjamin kesihatan yang berkualiti dan seterusnya dapat menjalankan rutin dan ibadah dengan berkesan.
Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai khasiat dan manfaat makanan sunnah, teruskan dengan membaca buku ini.

Ulasan Buku Oleh:
Ringkasan Buku Oleh :Pn. Wan Rosnur Irma Wan Mohamad, Pembantu Pustakawan.