Kenal Untuk Cinta Biografi Lengkap Rasulullah

Kenal Untuk Cinta Biografi Lengkap Rasulullah

Image
' Kenal Untuk Cinta Biografi Lengkap Rasulullah ﷺ (Karya Asal : Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah) ' - Dr Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maki (Terjemaah : Ustaz Muhadir Haji Joll As Sanariy As-Syazuli )

ISBN : 9789830974354
Penerbit : Galeri Ilmu
No. Panggilan : BP75.29 .M4 S29 2013
Sebuah buku yang berjudul Kenal untuk Cinta Biografi Lengkap Rasulullah susunan dan terjemahan Ustaz Muhadir Hj Joll adalah terjemahan dan tambahan kepada naskah asal kepada kitab Tarikh al-Hawadits Wa al-Ahwal an-Nabawiyah (Tarikh peristiwa-peristiwa dan hal-hal kenabian) karangan al-Alim al-Allamah al- Musnid al-Muhadddits al- Arrifbillah al-Habib Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas al-Maliki al Hasani merupakan ulamak sufi bertaraf muhaddits bergelar Profesor dan berketurun Rasulullah s.a.w megarang beratus kitab yang diterjemah pelbagai Bahasa. Menjadi guru dan rujukan ramai ulamak termasuk ulamak Malaysia dan Indonesia, antara murid beliau di Malaysia dan Indonesia adalah Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zam-Zam Al-Banjari An-Nadwi Asy-Syazuli Al-Maliki dan Tuan Guru Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Rembawi al-Maliki as-Sanusi. Belaiu mendapat penghormatan dengan menjadi syeikh dengan bilangan ijazah(sanad) terbanyak pada waktunya. Beliau juga memlilki rantaian sanad terpendek atau terdekat dengan Rasulullah s.a.w. Banyak kitab-kitab sejarah yang terdapat di pasaran yang menceritakan tentang perjalanan hidup Baginda s.a.w tetapi di dalam buku ini terdapat maklumat-maklumat yang jarang dijumpai dalam buku sirah yang lain.

Pengarang memulakan bukunya dengan menerangkan maklumat umum tentang Nabi saw dan kemudiananya kronologi turutan peristiwa yang berlaku kepada banginda saw dari awal kelahirannya sehingga kewafatannya, menjadikan pembaca seolah-olah dapat “melihat” atau sekurang-kurangnya dapat menggambarkan kehidupan nabi saw sehingga kewafatannya, pada bahagian pertama. Manakala pada bahagian kedua buku ini pengarang menulis tentang peristiwa penting yang berlaku pada zaman Rasulullah saw.

Kesimpulanya buku ini perlu dibaca atau diajar kepada kanak-kanak, pelajar sekolah universiti, pondok, maahad, kolej dan juga semua golongaan tua dan muda yang mengaku sebagai umat nabi saw supaya lebih megenal dan mencintai nabi saw. Maksud sabda Nabi saw ‘Barangsiapa menghidupkan sunahku, maka berarti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka berarti ia bersamaku di syurga’ -Sunan Trimidzi (no. 2678)-
Image
Ulasan Buku Oleh :
Muhammad Hanafiah Bin Abd Aziz, Pembantu Pustakawan

Print   Email