Hikmah Zakat (2)

Hikmah Zakat (2)

Image
Aku Budak Medik 4.0 ’ - Sahel Akmal

ISBN : 9789672014294
Penerbit : Kata-Pilar Books
No. Panggilan : BF503 .S24 2018
Buku ini menceritakan tentang kehidupan pelajar medic. Terdapat 16 tajuk yang ditulis oleh doktor yang berlainan dari universiti berbeza. Mentaliti masyarakat kita, doktor itu satu pekerjaan yang mewah, senang, berkaliber, tetapi perjalanan untuk menjadi seorang doktor itu tidak semua yang ambil tahu. Bukan semua orang dapat gelaran doktor hanya Orang-orang yang gifted, OKU which mean orang kuat usaha. Kuat dari segi mental dan fizikal.

Tulisan-tulisan yang baik dikongsikan untuk anda/pembaca memahami jerih payah pelajar dalam bidang perubatan. Perubatan adalah satu rumah yang asing dan tersendiri. Ia menyerlahkan pelbagai ragam dan keunikan. Suka, duka, aneh, kritis, inspiratif, dan kerencaman yang hanya boleh dilihat oleh mereka yang pernah menjenguk ke dalamnya. Tetapi barisan penulis yang terdiri daripada para pelajar perubatan ini telah melihatnya dari kerusi berbeza. Kaca mata berbeza. Mereka bukan doktor dan mereka juga bukan masyarakat awam tetapi mereka dalam satu transisi di antara duanya.
Image
Ulasan Buku Oleh :
Pn. Hazlinda Abdul Rahman, Pembantu Pustakawan Kanan

Print   Email