Falsafah MIM : Membina Minda Melayu

Falsafah MIM : Membina Minda Melayu

Image
Falsafah MIM : Membina Minda Melayu ’ - Ibrahim Shah

ISBN : 9789673050642
Penerbit : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)
No. Panggilan : DS523.4 .M35 I27 2007
Prof. Dr. Ibrahim Shah, seorang ahli akademik Uitm dalam bidang politik dan kerajaan. Giat dalam penyelidikan dan dikenali sebagai pejuang agenda bumiputera. Berkelulusan Ph.D Government & Politics (Maryland) 1987, berjuang dalam meningkatkan tahap kecemerlangan bumiputera melalui pendidikan. Dianugerahkan Global Human Resource Excellence Award daripada World HRD Congress, Asia HRD Congress 2007 Award.

Penulis menerangkan falsafah MIM diilhamkan untuk memperjuangkan martabat bangsa Melayu melalui institusinya iaitu Universiti Teknologi Mara. Bermula sebagai pelajar, pemimpin pelajar, pensyarah dan pentadbir akademik hinggalah Naib Canselor berpeluang untuk berfikir dan merencanakan amanah kepimpinan negara bagi melaksanakan kepentingan bangsa Melayu.

Falsafah MIM digambarkan mampu membantu mengubah sikap dan pemikiran bangsa Melayu melalui proses transformasi positif. Dengan bantuan dan bimbingan yang sempurna, bangsa Melayu mampu menjadi bangsa yang maju dan ke hadapan. Perjuangan bangsa Melayu tidak dilihat dalam konteks yang jumud dan tidak menyinggung mana-mana perasaan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Penulis turut menyenaraikan 50 konotasi positif yang perlu dimiliki oleh bangsa Melayu dalam mempamerkan dan menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yang berjaya. Untuk itu, bangsa Melayu perlu menjadi suatu bangsa yang kuat,yang mampu menyahut cabaran di peringkat global dan tidak melupakan jati diri bangsa itu sendiri bertepatan serta relevan dengan keperluan bangsa Melayu untuk berubah.
Bangsa Melayu perlu menjadi bangsa yang kreatif dan berbakat dengan menyerlah potensi diri serta sifat positif dalam membina minda yang cemerlang, gemilang lagi terbilang melalui falsafah MIM.

Kesimpulannya, falsafah MIM ini diinterpretasikan sebagai cabaran kepada orang melayu secara berterusan untuk mengubah keadaan mereka kepada yang lebih baik kerana bangsa Melayu sering dimomokkan dengan pelbagai perspekstif negatif yang membawa kepada kemunduran serta jatuhnya maruah dan martabat bangsa Melayu itu sendiri.
Image
Ulasan Buku Oleh :
Asmadi Bin Ahmad, Pembantu Pustakawan Kanan

Print   Email