Technology Update: WajahUMPSA Perkasa Pendigitalan Khazanah Visual Universiti - 16 Jul 2026
Hits: 28

Pekan, 16 Julai 2026 – Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan program Technology Update: Memelihara Memori Institusi Melalui WajahUMPSA yang melibatkan semua staf Perpustakaan di Eksekutif Lounge, Perpustakaan UMPSA Pekan bagi memperkenalkan WajahUMPSA sebagai sistem repositori foto digital rasmi universiti.
Program ini menjemput Timbalan Ketua Pustakawan, Iswan Akim Ismail Pustakawan Arkib Universiti yang menguruskan sistem WajahUMPSA.
Dalam sesi perkongsian, peserta diperkenalkan dengan WajahUMPSA, iaitu sebuah "Arkib Digital Pintar" yang dibangunkan menggunakan platform sumber terbuka ResourceSpace.
Sistem ini berfungsi sebagai repositori berpusat untuk mengumpul, memilih, menyimpan, mengawal serta memelihara aset visual rasmi universiti secara lebih cekap dan teratur.
Projek pembangunan repositori ini telah dimulakan pada Mei 2026 dan kini telah menghimpunkan lebih 2,200 bahan digital.
Turut dikongsikan ialah objektif pembangunan WajahUMPSA yang antaranya menyediakan platform berpusat bagi mengumpul dan memelihara warisan visual rasmi universiti, memperkasakan sistem carian pintar berasaskan metadata dan taksonomi, mengawal hak cipta serta akses pengguna mengikut peranan, selain mengurangkan risiko kehilangan aset digital, pertindihan data dan penyalahgunaan bahan visual.
Peserta juga diberi penerangan mengenai struktur tadbir urus sistem yang melibatkan peranan Pentadbir, Pegawai Pengesah (Approver) dan Penyumbang (Contributor), di samping memahami aliran kerja pengurusan foto yang merangkumi proses pemilihan foto, penamaan fail mengikut piawaian, pengisian metadata berasaskan Dublin Core serta proses semakan sebelum sesuatu bahan diterbitkan dalam repositori.
Bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai penggunaan sistem, peserta dibawa melihat demonstrasi paparan dashboard WajahUMPSA yang memaparkan struktur folder mengikut tahun dan aktiviti, paparan metadata, serta fungsi carian pintar menggunakan kata kunci bagi memudahkan pencarian koleksi foto rasmi universiti.
Timbalan Ketua Pustakawan, Iswan Akim Ismail menjelaskan bahawa terdapat cadangan daripada jabatan lain supaya koleksi video turut dimasukkan ke dalam repositori WajahUMPSA.
"Pengurusan fail video memerlukan kapasiti storan yang jauh lebih besar berbanding foto, pada peringkat awal ini kita memfokuskan kepada pembangunan repositori foto bagi memastikan sistem dapat beroperasi dengan cekap dan lestari sebelum mempertimbangkan penyimpanan kandungan video," katanya.
Penceramah turut memaklumkan bahawa bagi setiap program, hanya sekitar 25 hingga 30 keping foto terbaik dipilih dan kebanyakan foto yang dihantar tidak mengandungi maklumat yang lengkap.
"Setiap foto yang dimuat naik ke dalam WajahUMPSA perlu dilengkapkan dengan metadata yang tepat kerana maklumat tersebut menjadi asas kepada proses carian, pengurusan dan pemeliharaan jangka panjang.
“Cabaran yang sering dihadapi ialah bahan yang diterima tidak disertakan dengan maklumat yang lengkap, menyebabkan pihak Arkib perlu membuat semakan dan carian tambahan bagi memastikan setiap rekod yang disimpan adalah tepat dan sahih," jelas beliau.
Justeru, kerjasama semua PTJ dan fakulti amat penting bagi memastikan koleksi visual universiti terus dipelihara secara sistematik sebagai memori institusi yang bernilai.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Perpustakaan UMPSA dalam memperkukuh budaya pendigitalan, pemeliharaan warisan institusi dan pengurusan pengetahuan sejajar dengan aspirasi transformasi digital universiti.
Melalui WajahUMPSA, khazanah visual universiti dapat dipelihara dengan lebih berintegriti, mudah diakses dan kekal menjadi rujukan generasi warga UMPSA pada masa hadapan.
Disediakan oleh:
Noor Fateeha Mohamad
Pembantu Pustakawan
Disemak oleh:
Amelia Hasan
Pustakawan