Zon Perpustakaan Pekan Raih Tempat Kedua Kategori Zon Terbaik Anugerah EKSA - 16 Jun 2026
Hits: 22



PEKAN, 16 Jun 2026 – Zon Perpustakaan Pekan berjaya meraih Tempat Kedua Kategori Zon Terbaik dalam Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), 2025 yang disampaikan sempena Majlis Hari Kualiti dan Inovasi 2026 di Dewan Cendekia Siswa, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Pekan pada 19 Jun 2026.
Pada majlis tersebut, anugerah berkenaan telah diterima oleh Penyelaras EKSA Zon Perpustakaan Pekan, Sufarini Mohd Sudin, bersama Ketua Pustakawan, Kamariah Gono, yang mewakili Zon Perpustakaan Pekan.
Kejayaan tersebut membolehkan Zon Perpustakaan Pekan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,500, trofi dan sijil penghargaan.
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan komitmen, penglibatan aktif serta pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti EKSA yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK) sepanjang tahun.
Antara aktiviti yang telah disertai oleh Zon Perpustakaan Pekan termasuk Pertandingan Video Kreatif Amalan EKSA, Gotong-Royong Perdana, Audit Dalaman EKSA serta Pertandingan Go Green EKSA.
Menurut Pengerusi EKSA Zon Perpustakaan, Nor Ashikin Ahmad, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama erat, komitmen dan kesungguhan seluruh warga Zon Perpustakaan Pekan dalam memastikan pelaksanaan EKSA dapat dilaksanakan dengan berkesan.
"Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama dan komitmen seluruh warga Zon Perpustakaan Pekan dalam menjayakan pelaksanaan EKSA. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga, masa dan idea dalam memastikan kejayaan ini dicapai.
"Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada warga Zon Perpustakaan Pekan untuk terus mengekalkan kecemerlangan serta meningkatkan kualiti persekitaran kerja pada masa akan datang," katanya.
Dengan pencapaian ini, Perpustakaan UMPSA beriltizam untuk terus memperkukuh amalan EKSA melalui penambahbaikan berterusan, sekali gus membudayakan persekitaran kerja yang kondusif, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan mengekalkan kecemerlangan organisasi pada masa akan datang.
Disediakan oleh
Sufarini binti Mohd Sudin,
Pembantu Pustakawan
Disemak oleh
Nor Ashikin binti Ahmad,
Pustakawan


