Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 di Perpustakaan UMPSA Pekan

Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 di Perpustakaan UMPSA Pekan

Pekan, 9 Mei 2025 – Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kampus Pekan telah melaksanakan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 pada 9 Mei 2025 bertempat di Lounge Eksekutif, Perpustakaan UMPSA Pekan.

Audit ini bertujuan untuk memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) selaras dengan keperluan standard ISO 9001:2015.

Sesi audit telah diketuai oleh Ts. Junaedi Irwan Wan Abdul Halim selaku Ketua Auditor, dibantu oleh Mohd Nizam Abdul Rashid sebagai Auditor.

Antara dokumen yang diaudit dalam sesi ini ialah Prosedur Peminjaman dan Pemulangan Bahan Buku Rujukan.

Pihak perpustakaan telah diwakili oleh Ahmad Nurudin Abdul Nasir, Nor Ashikin Ahmad, Muhammed Fawwaz Abdul Rasid, Mohd Ariffin Abdul Aziz dan Mohd Esuadi Mustaffa, yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses audit berlangsung.

Image
Image

Dokumen kualiti yang disemak meliputi rekod peminjaman dan pemulangan bahan, laporan kehilangan bahan, serta rekod denda. 

Selain itu, sistem pengurusan perpustakaan KOHA turut diperiksa bagi menilai keberkesanannya dalam menyokong prosedur peminjaman dan pemulangan bahan.

Secara keseluruhan, audit telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. 

Beberapa cadangan penambahbaikan turut dikemukakan sebagai langkah ke arah penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan perpustakaan.

Pihak pengurusan perpustakaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan auditor serta semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan audit dalaman ini.

Image
Image

Disediakan oleh:

azura
Pn. Nor Ashikin Ahmad
Pustakawan Kanan

Disuntingkan oleh:


Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan


Print   Email