Program Jerayawara Perpustakaan UMPSA Tingkatkan Kesedaran Pengguna - 14 Mei 2025

Program Jerayawara Perpustakaan UMPSA Tingkatkan Kesedaran Pengguna - 14 Mei 2025

Pekan, 14 Mei 2025 – Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan program UMPSA Library Outreach 2025 bertempat di Ruang Legar, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (FTKPM), Kampus Pekan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan warga kampus terhadap pelbagai perkhidmatan perpustakaan, khususnya dalam aspek literasi maklumat dan penggunaan repositori institusi.

Dua komponen utama telah diketengahkan dalam program ini, iaitu Jerayawara Literasi Maklumat dan Jerayawara Sistem Institutional Repository UMPSA (UMPSA-IR).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi konsultasi panduan pencarian maklumat yang efektif, promosi tentang platform pangkalan data terkini, kuiz literasi media dan maklumat, pendaftaran akaun UMPSA-IR, serta sesi penerangan panduan pendepositan artikel ke dalam sistem UMPSA-IR.
Image
Image
Penganjuran program ini adalah sebahagian daripada inisiatif perpustakaan dalam menyokong agenda "Teknologi untuk Masyarakat", serta memperkukuh amalan akses terbuka (open access) dan budaya penyelidikan dalam kalangan warga UMPSA.

Program ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan dengan penglibatan aktif daripada pelajar dan staf akademik.

Melalui pendekatan turun padang seperti ini, membolehkan perpustakaan mendekati pengguna dengan lebih berkesan selain menyampaikan maklumat yang relevan, mudah diakses dan selari dengan keperluan semasa.

Perpustakaan UMPSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan ke fakulti-fakulti lain pada masa akan datang.

Image
Image

Disediakan oleh:

azura
Pn. Nor Ashikin Ahmad
Pustakawan Kanan

Disuntingkan oleh:


Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan


Print   Email