Sesi Perkongsian Pengalaman Pelaksanaan Sistem Pengurusan Repositori Data Penyelidikan Bersama Wakil Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam - 16 April 2025
Pada 16 April 2025, Perpustakaan UMPSA telah mengadakan satu sesi perkongsian pengalaman secara dalam talian bersama wakil Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Sesi bermula pada jam 10.00 pagi dan disertai oleh staf Perpustakaan UMPSA iaitu Cik Amelia Binti Hasan, Cik Rohaida Binti Mohamad Idaris, Puan Affida Binti Abu Bakar, Puan Nor Ashikin Binti Ahmad, Encik Mohd Ariffin Bin Abdul Aziz dan Puan Sharifah Nazirah Binti Syed Omar.
Objektif sesi ini adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengurusan dan pelaksanaan UiTM Data Repositori, mendengar pengalaman, pendekatan, dasar, aspek teknikal, serta cabaran yang dihadapi dalam mengendalikan repositori data penyelidikan di UiTM, selain bertukar amalan terbaik berkaitan pengurusan data penyelidikan.
Perkongsian dikendalikan oleh tiga wakil PTAR, iaitu En. Mohd Izwan Bin Salim, Dr. Hajah Adlina Binti Abdullah, dan Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah inisiatif awal pelaksanaan di peringkat perpustakaan melalui pelantikan Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Data Penyelidikan, pembangunan portal Data Steward, serta inisiatif Pengurusan Data Penyelidikan Perpustakaan UiTM 2025.


Turut dikongsikan ialah usaha meningkatkan kesedaran melalui latihan Data Steward kepada warga PTAR dan seluruh komuniti UiTM. Menurut En. Izwan, aplikasi sumber terbuka ‘EPrints’ dipilih untuk pembangunan UiTM Data Repositori kerana keupayaan fleksibilitinya serta kepakaran dalaman staf perpustakaan yang dapat mengoptimumkan penggunaannya mengikut keperluan semasa.
Sesi perkongsian berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan sesi soal jawab yang aktif, memperlihatkan pertukaran pandangan dan maklumat antara wakil Perpustakaan UMPSA dan Perpustakaan UiTM.
Repositori data penyelidikan UiTM boleh diakses melalui pautan: https://data.uitm.edu.my/



Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Unit Pendidikan & Penyelidikan

Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan