Program Pendidikan Pengguna: Sesi Pengenalan Perpustakaan dan Pencarian Bahan Rujukan (18 – 21 Oktober 2022)
Hits: 3027
Selamat datang pelajar baharu ke Perpustakaan UMP. Bagi meraikan pelajar baharu bagi sesi 2022/2023, Perpustakaan telah mengadakan Program Pendidikan Pengguna: Sesi Pengenalan Perpustakaan dan Pencarian Bahan Rujukan khusus kepada pelajar baharu di kampus Pekan dan Gambang. Sesi ini dijalankan secara fizikal dan atas talian disampaikan oleh Puan Affida Abu Bakar (Pustakawan Kanan), Cik Rosfadilla Mohamad Zainun (Penolong Pustakawan Kanan) dan Encik Muhammad Hanafiah Abd Aziz (Penolong Pustakawan) dari Unit Pendidikan & Penyelidikan (UPen).
Pada sesi ini pelajar diberikan taklimat berkaitan perkhidmatan, koleksi rujukan dan kemudahan yang ada di Perpustakaan. Turut diterangkan cara-cara pengaksesan bahan menggunakan platform pencarian bahan seperti eFIND, EzProxy, eLIB, eColLIB dan UMP-IR bagi membantu pelajar mendapatkan sumber rujukan secara bercetak dan atas talian.
Diharap para pelajar dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan dengan sebaiknya dan dapat berkongsi maklumat ini dengan rakan pelajar lain.
Written by:
Cik Rosfadilla Mohamad Zainun
Penolong Pustakawan
Cik Rosfadilla Mohamad Zainun
Penolong Pustakawan
Edited by:
Cik Ratna Wilis Haryati Mustapa,
Super Senior Library Assistant
Cik Ratna Wilis Haryati Mustapa,
Super Senior Library Assistant