Lawatan Penandaarasan Perpustakaan UMP ke Perpustakaan Dar al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas, Perpustakaan Tuanku Bainun dan Perpustakaan Digital UPSI
Hits: 3175
Pada 29 – 30 September 2022 yang lepas, Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang telah mengadakan lawatan penandaarasan ke beberapa Perpustakaan Universiti Awam. Perpustakaan yang dipilih untuk dilawati adalah Perpustakaan Dar al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas, ISTAC-IIUM, Perpustakaan Tuanku Bainun dan Perpustakaan Digital UPSI.
Objektif lawatan ini bertujuan;
-
Menambah pengetahuan dan perkongsian ilmu mengenai teknologi yang digunakan di perpustakaan dalam mewujudkan perpustakaan digital yang menjadi keperluan di era ini.
-
Memberi pendedahan kepada staf terhadap pengurusan bahan dan koleksi terkini di samping mempelajari kaedah penyimpanan dan pengurusan bahan berbentuk fizikal dan digital.
-
Mewujudkan hubungan baik diantara perpustakaan akademik dan awam dalam perkongsian maklumat dan pengetahuan dari segi pengurusan koleksi, perolehan bahan fizikal dan digital, arkib dan pengurusan perpustakaan digital.
-
Penanda aras kepada Perpustakaan UMP untuk mendapatkan maklumat dan mempelajari teknologi terkini pengurusan dan pendigitalan bahan dalam mewujudkan perpustakaan digital dan juga menjadi pusat pengetahuan maklumat universiti.
Perpustakaan DAR Al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Sesi lawatan ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sebagai medan pertukaran pengetahuan dan perkongsian projek yang sedang dilaksanakan. Selain dapat menjana idea-idea baharu yang boleh diaplikasikan, lawatan ini juga dapat mengukuhkan hubungan antara perpustakaan akademik.
Pada akhir sesi lawatan ini, peserta dapat bertukar pengalaman dan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang masing-masing di samping dapat menambah kenalan yang baharu. Kesimpulannya, objektif yang telah dirancang berjaya dicapai dengan jayanya.
Islamic Thought And Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Perpustakaan Tuanku Bainun Dan Perpustakaan Digital, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)



Disediakan oleh:

Pn. Nor Ashikin Ahmad
Pustakawan Kanan
Bahagian Pentadbiran

Pn. Nor Ashikin Ahmad
Pustakawan Kanan
Bahagian Pentadbiran
Disunting oleh:

Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan

Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan