Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan hormat daripada Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies (R-TIHILS) - 6 Novermber 2025

Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan hormat daripada Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies (R-TIHILS) - 6 Novermber 2025

PEKAN, 6 November 2025 – Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan hormat daripada Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies (R-TIHiLS) dalam usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik dalam bidang pengurusan maklumat dan warisan.

Delegasi R-TIHiLS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Haji Mohd Yusof Abdullah, bersama Pegawai Penyelidik, Rafiuddin Afiq Rujunaidi dan Muhammad Khairul Fadzli Khairu. Ketibaan mereka disambut Ketua Pustakawan, Hajah Kamariah Gono, bersama pegawai daripada Arkib Universiti.
Image
Image
Sepanjang lawatan, delegasi telah diberi taklimat mengenai fungsi, peranan dan inisiatif Perpustakaan serta Arkib Universiti. Sesi tersebut turut diisi dengan perbincangan dua hala melibatkan pertukaran pandangan, perkongsian pengalaman, serta penerokaan peluang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Delegasi turut dibawa melawat ke Sudut Tamadun Pahang bagi meninjau Koleksi Nadir yang dipamerkan, diikuti lawatan ke beberapa kemudahan utama di Perpustakaan UMPSA Pekan.

Lawatan tersebut diakhiri dengan acara pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan antara Perpustakaan UMPSA dan R-TIHiLS
Image
Image

Disediakan oleh:

azura
En. Iswan Akim Ismail
Timb. Ketua Pustakawan

Disemak oleh:


Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan


Print   Email