Jurnal Perintis Perpustakaan UMPSA, dirakam Dalam Bicara Inspirasi ‘Been There, Done That’ - 18 Nov 2025
Hits: 16

PEKAN, 18 November 2025 - Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sekali lagi telah menganjurkan program Bicara Inspirasi: “BEEN THERE, DONE THAT” dengan topik, Pusat Sumber UTMKCP - KMC - PERPUSTAKAAN UMPSA - Jurnal Seorang Perintis yang menampilkan Ratna Wilis Haryati, Pembantu Pustakawan Kanan Tertinggi selaku tokoh jemputan.
Program anjuran Unit Pengurusan Ilmu ini berperanan sebagai platform untuk merakam kepakaran, pengalaman serta pengajaran berharga tokoh dan warga UMPSA yang telah menempuh pelbagai fasa perjuangan, kejayaan dan cabaran sepanjang kerjaya mereka.
Sesi kali ini mengabadikan perjalanan kerjaya Ratna Wilis Haryati — atau lebih dikenali sebagai Kak Yati — yang merupakan antara perintis awal Perpustakaan UMPSA.
Memulakan kerjaya sebagai Pembantu Perpustakaan bersama beberapa orang staf lain di UTM KCP yang ketika itu mula bertapak di Indera Mahkota.
Beliau turut berkongsi kisah bagaimana berlakunya transisi dari Perpustakaan UTM KCP ke Knowledge Management Centre atau lebih dikenali sebagai KMC ketika itu, seterusnya era penubuhan perpustakaan UMPSA.
Kak Yati turut meluahkan perasaan bangga kerana KMC merupakan satu label yang terlibat terus dalam pembangunan KUKTEM dan gelaran itu melekat di kalangan pelajar perintis KUKTEM sehingga ke hari ini.
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan penghasilan kerangka kerja dan inovasi. Program KM pertama hasil cetusan idea beliau adalah perkongsian sempena persaraan PM Dr.Zulkifli Yaacob dari FTSKKP.
Beliau turut menghasilkan kerangka kerja bagi bahan melampiri seperti pelan, lukisan Teknik dan peta pada 2002-2007 di Unit Katalog bagi memastikan bahan tidak rosak, terpelihara dan mudah diguna.
Malah Program “Been There Done That” ini sendiri merupakan cetusan idea beliau dan diguna pakai sehingga hari ini.
Memetik kata-kata beliau:
“Bila tengok ke belakang perjalanan ini, saya rasa amat bersyukur dan bangga kerana pengalaman saya tidak akan sama dengan orang lain. Sebagai perintis, we have seen the best and the worst.”
Dalam perkongsian itu, beliau turut menyentuh detik paling menyedihkan dalam kerjayanya - kehilangan rakan seperjuangan dan sahabat perintis, Allahyarhamah Azian Abdul Rahman, yang ketika itu merupakan Timbalan Ketua Pustakawan.
“Bagaikan kehilangan seorang sahabat, seorang kakak dan seorang ketua yang bersama saya sejak mula, terlalu banyak saya belajar darinya, terutama sifat sabarnya,” ujar beliau dengan nada sebak.
Beliau turut menitipkan prinsip hidup yang menjadi pegangan:
“Aku adalah ujian buatmu dan kamu adalah ujian buatku, aku adalah ujian buat mereka, dan mereka adalah ujian buat aku, dan kita akan sentiasa diuji dengan apa yang kita sayangi.”
Sebagai pesanan akhir, beliau mengingatkan rakan-rakan pelaksana agar tidak mudah mengikut arus tanpa asas yang betul.
“Di mana sahaja kita berada, adab dulu, baru ilmu,” pesan beliau sebelum mengakhiri bicara.
Menurut Pustakawan Kanan, Affida Abu Bakar, perkongsian pengalaman Kak Yati sebagai antara staf terawal di perpustakaan dapat memberi gambaran tentang makna komitmen dan kerjasama dalam budaya kerja.
Tambah beliau, selain dapat memberi inspirasi, perkongsian Kak Yati juga memberi gambaran bahawa setiap staf memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran perpustakaan untuk mencapai kecemerlangan.
“Nasihat berharga dari Kak Yati ialah untuk terus belajar serta berkembang dalam kerjaya dan sentiasa mengutamakan adab yang baik, ” ujarnya lagi.
Di sediakan oleh;
Pn. Norsaini Abdul Samat
Pembantu Pustakawan Kanan