Jaringan Kerjasama Perpustakaan UMPSA Sumbang Bahan Hadiah kepada Perpustakaan Prasarana Berhad - 27 April 2026
Hits: 28

Pekan, 27 April 2026 – Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyerahkan sumbangan buku kepada Perpustakaan Prasarana Berhad sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi perpustakaan.
Prasarana ialah sebuah syarikat berasaskan kejuruteraan yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan seperti rel dan bas,dan salah satu projek mega adalah Sistem Transit Pantas (RTSO) di Johor, selari dengan bidang teras yang ada di UMPSA bagi buku berkaitan kejuruteraan.

Sumbangan buku sebanyak 200 judul untuk pelbagai genre berkaitan Am, dan Kejuruteraan telah diserahkan kepada En. Zainal Afnan dari Bahagian Modal Insan selaku wakil Perpustakaan Prasarana Berhad. Beliau amat berbesar hati menerima buku sumbangan tersebut bagi kegunaan pengguna.
Perpustakaan UMPSA melalui Unit Perolehan Koleksi (Hadiah) telah melaksanakan inisiatif sumbangan buku hadiah melalui tagline “Buku lama adalah baru bagi yang belum membacanya”. Inisiatif ini bertujuan menyokong tanggungjawab sosial korporat selain turut memanjangkan sumbangan buku yang bersesuaian kepada pihak ketiga yang telah membuat permohonan seperti institusi berkaitan seperti ini.
Sumbangan buku hadiah ini merupakan salah satu bentuk penghargaan yang bukan sahaja bermakna tetapi juga memberi impak jangka panjang kepada Perpustakaan dalam menerima dan menyumbang dari segi pertambahan koleksi, perkongsian kandungan bersama warga pengguna dan paling penting penyampaian ganjaran pahala berterusan.
Sila hubungi pihak perpustakaan jika anda ingin menyumbang buku koleksi anda untuk dikongsi bersama. Maklumat lanjut sila layari https://library.umpsa.edu.my/index.php/en/giving atau hubungi kaunter perkhidmatan kampus Pekan dan Gambang.

Disediakan oleh:
Puan Noor Azura Omar
Pustakawan