Anjakan Sikap & Budaya Hidup Bangsa
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3808
'Anjakan Sikap & Budaya Hidup Bangsa'- Datuk Hj. Mohd Nakhaei Hj. Ahmad
ISBN : 9789834058111
Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
No. Panggilan: DS594 .M64 2001
Tahun diterbitkan : 2001
Mukasurat: 134
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=47389
Pengulas :
EEn. Asmadi Bin Ahmad, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789834058111
Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
No. Panggilan: DS594 .M64 2001
Tahun diterbitkan : 2001
Mukasurat: 134
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=47389
Pengulas :
EEn. Asmadi Bin Ahmad, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Anjakan sikap & budaya hidup bangsa hasil naratif Datuk Hj. Mohd. Nakhaie Hj. Ahmad membicarakan mengenai evolusi sikap dan budaya hidup bangsa di Malaysia melalui kestabilan politik dan beberapa faktor seperti perancangan dan perlaksanaan yang berkesan dan mampan. Namun terdapat permasalahan yang perlu diambil kira memandangkan perubahan serta paparan nilai budaya kita kian terhakis dek pengaruh serta gejala dari barat.
Melalui buku ini diterangkan perlunya penilaian semula bagi pembentukan nilai teras yang kukuh, salah faham serta campuraduk tradisi tempatan yang bertentangan dengan pengajaran Islam. Kemajuan agama, pendidikan yang bersepadu dan berbagai faktor lain perlu dilihat dan diteliti agar anak bangsa kita tidak terjerumus ke dalam gejala sosial yang serius bagi mencapai cita-cita, keinginan dan perjuangan dalam memartabatkan serta memajukan hidup, sikap dan budaya bangsa di Malaysia.
Penulis menekankan perasaan bimbangnya terhadap masa depan remaja negara yang semakin hari dilihat semakin hampir dengan gejala sosial yang tidak bermanfaat, seperti penyalahgunaan dadah serta penyakit kronik yang memerlukan pembiayaan rawatan fizikal, mental dan persekitaran.
Buku ini bermanfaat sebagai bahan bacaan bagi meningkatkan pemikiran kreatif kerana banyak meletakkan garis panduan serta penanda aras kepada faktor sesebuah masyarakat dan komuniti untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran dalam menjana pembaharuan dari segi ekonomi, taraf hidup dan pemodenan.
Dengan ini buku ini bukan sahaja meletakkan garis panduan dan penanda arasan, malah tidak melupakan budaya hidup masyarakat, penilaian berdasarkan ilmu, teori dan Al-Quran sebagai petunjuk dalam memastikan segala yang dirangka akan menjadi acuan kepada kemajuan negara pada masa akan datang.
Bagi pandangan saya, para pemikir serta pentadbir perlu melihat buku ini sebagai satu medium serta pelan kepada perancangan ideologi bagi perkembangan kemajuan ekonomi, taraf hidup serta pendidikan dan pentadbiran dalam usaha untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Dikhuatiri sekiranya gejala ini berkembang seiring dengan kemajuan dan pemodenan, akan pincanglah proses ideologi nasional serta perjuangan itu akan menjadi sia-sia sahaja.