ISTIQAMAH

ISTIQAMAH

“ISTIQAMAH” – Hafizzuddin Afif

ISBN : 9789672038450
Penerbit : Must Read
No. Panggilan : BP188 .H34 2018 k
Tahun diterbitkan : 2018
Muka surat : 124 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89880;

Ringkasan buku oleh: En. Muhamad Firdaus bin Jaini, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Istiqamah sememangnya berat dan ramai sudah kecundang sebenarnya kerana tidak tahan lama di laluan istiqamah ini. Namun perkara ini bukanlah suatu perkara yang akan dihukum dengan dosa besar tetapi akan dikira untuk melihat sejauh mana dan sebaik mana nilai amalan yang kita telah lakukan.

Walaupun ramai yang hanyut, ada juga yang bersusah payah berenang kembali ke permukaan demi mencapai keredaan Ilahi. Buat yang sedang berjuang itu, kadang kala kita akan berasa letih. Dan salah satu cara yang dapat mengembalikan semangat untuk sentiasa kekal dijalan istiqamah, boleh jadikan buku "Istiqamah" hasil penulisan saudara Hafizzuddin Afif ini sebagai bekalan tambahan di sepanjang liku - liku laluan istiqamah.

Buku memberitahu kepada para pembaca tentang cara - cara yang sebetulnya untuk sentiasa istiqamah. Di samping itu, dimuatkan sekali dengan sedikit kisah - kisah yang berkaitan yang mampu menguatkan lagi penyampaian mesej di dalam buku ini agar ianya menjadi suatu yang mudah dihadam dalam jiwa dan dikukuhkan lagi dengan petikan-petikan Hadith dan ayat-ayat Al-Quran.

Buku ini juga boleh dijadikan sebagai bacaan yang ringan kerana penyampaian mesej di dalam buku ini adalah gaya santai dan ayat - ayat yang digunakan tidak berat. Buku ini memang sesuai dibaca oleh umum berdasarkan perkara-perkara yang telah pengulas sebutkan sebentar tadi dan ianya kecil, nipis serta ringan. Mudah dibawa kemana-mana untuk dibaca sementara menunggu sesuatu untuk tiba kepada anda.

Istiqamah tidak semudah sebutannya, satu ujian di mana untuk melaksana dan terus-terusan dilakukan atau dikerjakan amatlah berat kerana jalan untuk ke syurga bukanlah percuma. Tanpa usaha masakan akan berjaya. Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan hanya dari Allah swt.


Cetak   Emel