The Strange Library
Ulasan Buku 2019
Jumlah paparan: 3288
‘ The Strange Library ’ - Haruki Murakami (terjemahan ke Bahasa Inggeris oleh Ted Goossen)
ISBN : 9780385354301
Penerbit : New York : Alfred A. Knopf
No. Panggilan : PR821.U673 S77 2014 fic
ISBN : 9780385354301
Penerbit : New York : Alfred A. Knopf
No. Panggilan : PR821.U673 S77 2014 fic
Haruki Murakami, lahir pada 12 Januari 1949, bolehlah dikatakan sebagai penulis Jepun yang paling dikenali. Karyanya telah diterjemahkan dalam lebih 50 bahasa, termasuklah Bahasa Melayu. Murakami terkenal dengan penulisan buku genre surreal, iaitu di luar realiti atau alam nyata. Dia telah menulis berpuluh-puluh buah buku tapi bukunya yang paling terkenal ialah Kafka on The Shore dan The Wind-up Bird Chronicle. Beliau banyak dipengaruhi oleh penulis Barat seperti Vonnegut dan Kafka, dan pernah dikritik di negara asalnya kerana terlalu kebaratan.
Selamat datang ke dunia aneh dan absurd Haruki Murakami di mana wujudnya watak pustakawan tua pemakan otak pembaca, si kerdil dengan kostum biri-biri yang pandai membuat donat, dan budak perempuan bisu (yang sebenarnya ialah watak dalam sebuah buku) yang boleh bertukar menjadi burung.
Seorang budak lelaki berkunjung ke sebuah perpustakaan untuk mencari buku tentang cukai pada zaman kerajaan Uthmaniyah tapi telah dipenjarakan oleh seorang pustakawan tua. Dia kemudiannya dipaksa untuk menghafal tiga buah buku tebal dalam masa sebulan sebelum otaknya dimakan kerana menurut pustakawan itu, tiada otak yang lebih lemak dan berkrim daripada otak yang berilmiah. Memetik kata-kata pustakawan itu, “Kau ingat selama ni semua pengetahuan yang kau dapat dari perpustakaan itu percuma saja?” Ok, lojik. Dengan pertolongan si kerdil dan budak perempuan bisu, budak lelaki itu akan cuba untuk melepaskan diri.
Buku ini tak sampai 100 muka surat, dan saya rasa penulis menyiapkan buku ini cuma dalam satu malam. Saya habiskan membaca dalam masa sejam lebih. Plotnya mudah dan cepat, dan sepantas mana budak lelaki itu tertangkap sepantas itu jugalah dia melepaskan diri.
Sebagaimana karya-karya Murakami yang lain, dia tidak pernah mengambil masa untuk menerangkan kenapa semua ini boleh terjadi atau adakah semua ini benar-benar berlaku atau tidak. Dia menyerahkan sepenuhnya kepada pendapat pembaca, tiada betul tiada salah. Tapi kita sebagai pembaca tetap tertarik untuk menyelak helaian bukunya sehingga tamat. Bagusnya buku genre sebegini (kalau penulis tempatan sila rujuk Roslan Jomel atau Sufian Abas) ia akan mengajak kita berfikir; setiap metafora, simbologi dan alegori perlu diselongkar sendiri maksudnya.
Buku ini tidak sebagus karya Murakami yang lain namun sudah cukup bagus untuk sesiapa yang baru ingin mengenal dunia pelik ciptaan Haruki Murakami.
Kesimpulannya berhati-hatilah bila saja anda ke perpustakaan. Pustakawan di situ mungkin mahu membaham otak anda untuk makan malam..

Ulasan Buku Oleh :
En. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik, Pembantu Pustakawan