Rahsia Sukses Pengurusan Rasulullah
“Rahsia Sukses Pengurusan Rasulullah ” - Muhammad Abdul Jawwad
ISBN : 9789673713363
Penerbit : Synergy Media
No. Panggilan : BP75.29 .M3 M33 2013
Tahun diterbitkan : 2013
Muka surat : 208 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=77207
Ringkasann buku oleh: Puan Noor Fateeha Binti Mohamad, Pembantu Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
I Love You, Al-Quran karya Ahmad Masrul adalah sebuah buku yang mengajak pembaca untuk mendalami dengan lebih mendalam kitab suci Al-Quran. Melalui pendekatan yang sederhana namun penuh makna. Buku ini menarik pembaca untuk mengeksplorasi cinta dan kecintaan terhadap Al-Quran dengan cara yang relevan dan praktis dalam kehidupan seharian.
Dalam buku ini, penulis berkongsi bagaimana cara untuk mewujudkan rasa cinta dan mendekatkan diri dengan Al-Quran. Ia menjelaskan bahawa cinta terhadap kitab suci ini bukan hanya sekadar emosional, tetapi harus diimbangi dengan pemahaman yang mendalam dan amalan yang konsisten. Penulis juga menekankan tentang pentingnya membaca, memahami, dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan harian.
Antara pendekatan yang dicadangkan oleh penulis untuk pembaca lebih mencintai Al-Quran ialah melalui pendekatan praktis. Didalam buku ini terdapat panduan yang mudah diikuti untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup pembaca. Penulis memberikan tips-tips praktis tentang bagaimana menerapkan ajaran Al-Quran ke dalam rutin harian.
Pendekatan seterusnya ialah melalui penggunaan bahasa yang sederhana. Penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sesuai untuk bacaan semua peringkat umur, samada mula hendak mengenal Al-Quran atau yang sudah lama mengamalkan Al-Quran dan mahu meningkatkan lagi kecintaan kepada Al-Quran. Penulis menggunakan pendekatan dengan cara memberikan inspirasi dan motivasi kepada pembaca untuk lebih mencintai dan menghargai Al-Quran. Penulis banyak mengaitkan contoh-contoh kehidupan harian dengan kepentingan Al-Quran. Penulis juga turut memberikan semangat kepada pembaca supaya sentiasa membaca Al-Quran.
I Love You, Al-Quran adalah buku yang sangat bermanfaat bagi siapa sahaja yang ingin menghidupkan kecintaan mereka terhadap Al-Quran dan mengamalkan ajaran-ajarannya dalam kehidupan harian. Penulis berjaya memberi panduan yang menginspirasi dan mudah diamalkan, seterusnya menjadikan buku ini bacaan yang sesuai untuk dimiliki oleh setiap orang Muslim. Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan bagi mewujudkan rasa cinta kepada kitab suci Al-Quran.