Perpustakaan ATMA UKM sokong pembangunan Pangkalan Data Tamadun Pahang
Hits: 3483
Pangkalan Data Tamadun Pahang dibangunkan bagi menjadi pusat setempat bagi bahan rujukan berkaitan sejarah dan Tamadun Pahang. Perpustakaan UMP telah mula bergerak mempromosikan koleksi rujukan dan pangkalan data tersebut ke negeri Terengganu dan kini di Selangor.
Lawatan kerja delegasi Perpustakaan UMP ke Perpustakaan ATMA amat bermakna bagi menjalin kerjasama dari segi perkongsian maklumat dan bahan mengenai tamadun Melayu dan Islam termasuk Tamadun Negeri Pahang.
Ketua Perpustakaan ATMA, En. Saharuddin Shafri berpandangan inisiatif pembangunan pangkalan data Tamadun Pahang bukan hanya akan memberi manfaat kepada masyarakat di Negeri Pahang tetapi juga para pengkaji, pensyarah dan orang perseorangan dari dalam dan luar negara.

Disediakan oleh:
En. Azman Abdul Rahim
Ketua Pustakawan
En. Azman Abdul Rahim
Ketua Pustakawan