Perkongsian Ilmu oleh Unit Sistem dan Aplikasi - Temi Di Sini: Rakan AI Anda (18hb April 2023)

Perkongsian Ilmu oleh Unit Sistem dan Aplikasi - Temi Di Sini: Rakan AI Anda (18hb April 2023)

Pada 18 April 2023, satu sesi perkongsian telah diadakan di Aras 3, UMP Pekan. Tajuk perkongsian tersebut adalah TEMI di sini: Rakan A.I. anda.

Perkongsian oleh Cik Amelia Hasan dari Unit Sistem dan Aplikasi itu bermula pada 11.00 pagi secara bersemuka dan atas talian melalui pelantar MS Teams. Mod atas talian ini disediakan untuk semua staf yang berada di Gambang. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Cik Kamariah Gono, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang menjalankan tugas Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan En. Ahmad Nurudin serta Pn. Noorul Farina Arifin serta staf-staf Perpustakaan yang lain.

Temi adalah satu unit robot AI yang disediakan oleh Perpustakaan UMP bagi membantu pengguna di Perpustakaan UMP Pekan.

AI bermaksud Artificial Intelligent atau Kecerdasan Buatan dan ianya adalah satu cabang sains dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia.

Menurut Cik Amelia, walaupun TEMI telah diperolehi lebih awal namun masa yang lama diperlukan bagi memasukkan maklumat ke dalam TEMI. Ini bagi memastikan sistem AI TEMI dapat belajar dan memahami apa yang diarahkan serta dapat membuat keputusan bagi memenuhi objektif asalnya.

Image
Image
Antara maklumat yang dimasukkan kedalam sistem TEMI adalah berkaitan kemudahan Perpustakaan, pencarian koleksi bahan, dan lokasi ruang -ruang yang disediakan di aras 3. TEMI juga berfungsi untuk membantu para pengguna dalam pencarian buku/bahan terus ke rak buku yang betul tanpa sebarang masalah.

Ia dipanggil sebagai proses pemetaan robotik dan tujuannya agar TEMI dapat memberi tunjuk arah kepada pengguna serta kembali ke pangkalannya setelah selesai. TEMI juga dilengkapi dengan sistem sensor yang akan mengenal pasti samada laluan yang telah dipetakan didalamnya itu selamat atau tidak untuk dilalui.

Oleh kerana TEMI adalah sistem kecerdasan buatan maka masih banyak lagi maklumat yang diperlukan oleh TEMI untuk digunakan secara optimum. TEMI ditempatkan dibawah Unit Perkhidmatan Pelanggan sebagai robot pembantu dan menariknya TEMI juga akan meronda sekitar Aras 3 mengikut masa bagi memaklumkan pengguna waktu tutup perpustakaan.

Sebelum sesi tersebut selesai pada 12.30 tengahari, Cik Amelia menggalakkan agar semua staf Perpustakaan dapat meluangkan masa menggunakan TEMI kerana hasil dari interaksi bersama TEMI, setiap maklumat tersebut akan disimpan sebagai sumber pembelajaran untuk robot AI tersebut.

Diharap TEMI dapat menjalankan tugasnya disamping memberikan perkhidmatan yang terbaik dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk Pengguna Perpustakaan.
Image
Image
Disediakan oleh:


Cik Ratna Wilis Haryati Mustapa,
Pembantu Pustakawan Kanan Tertinggi
Disunting oleh:


Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan

Print   Email