Delegasi UMPSA tinjau amalan terbaik Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu UMK - 27 Julai 2025

Delegasi UMPSA tinjau amalan terbaik Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu UMK - 27 Julai 2025

BACHOK, 27 Julai 2025 - Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) baru-baru ini.

Delegasi Perpustakaan UMPSA diketuai oleh Ketua Pustakawan, Hajah Kamariah Gono bersama Timbalan Ketua Pustakawan, Amelia Hasan dan Iswan Akim Ismail serta Pustakawan, Mohd Ariffin Abdul Aziz.

Kunjungan itu turut dihadiri Pengurus Teknologi Maklumat, Ts. Dr. Sabri Ahmad Hisham, Syahnizam Abdullah Sani dan pensyarah Fakulti Komputeran, Ts. Aziman Abdullah.

Delegasi UMPSA disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan PPI UMK, Ts. Amirul Firdaus Zilah.

Menurut Ketua Pustakawan UMPSA, Hajah Kamariah Gono, lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan lanjut berkenaan Sistem Discovery Service, (KAWOH - Knowledge, Access, Wide, Open, Hub).

“Ia merupakan sistem pertama seumpamanya yang dibangunkan dalam kalangan universiti awam (UA) di Malaysia.

“Lawatan penandaarasan ini adalah untuk melihat dan belajar bagaimana sistem KAWOH dibangunkan.

"Sekiranya berkemampuan, kami berminat untuk membangunkannya sendiri,” ujarnya.
Image
Image
Taklimat sistem KAWOH telah disampaikan oleh Ts. Amirul Firdaus Zilah berkenaan kandungan dan juga keperluan teknikal sistem.

Menurut beliau, KAWOH dibangunkan hasil tuaian data akses terbuka daripada pelbagai platfom sistem seperti Malaysia Institutional Repository (MALREP), Research Data Repository, MyScholar UMK, Katalog Perpustakaan UMK dan lain-lain.

Delegasi UMPSA turut dibawa melawat ke ruang galeri PPI, Arkib Universiti dan ruang Maker Space yang menempatkan pencetak 3D untuk kegunaan pelajar UMK.

Lawatan penandaarasan ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua perpustakaan, selain menjadi titik tolak kepada usaha membangunkan sistem baharu dan memacu inovasi perkhidmatan di Perpustakaan UMPSA pada masa hadapan.
Image
Image

Disediakan oleh:


Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan


Print   Email