“Been There, Done That”: Dr. Farah Amalina Kongsi Rahsia di Sebalik Pengiktirafan Top 2% Scientist 2025 - 29 Okt 2025
Hits: 25

GAMBANG, 29 Oktober 2025 – Sempena Minggu Penyelidikan Perpustakaan UMPSA 2025, Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan program Bicara Inspirasi: “BEEN THERE, DONE THAT”, dengan menampilkan Dr. Farah Amalina binti Ishak, Postdoctoral Research Fellowship di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) sebagai tokoh jemputan.
Program anjuran Unit Pengurusan Ilmu ini berperanan sebagai platform untuk merakam kepakaran, pengalaman serta pengajaran berharga tokoh dan warga UMPSA yang telah menempuh pelbagai fasa perjuangan, kejayaan dan cabaran dalam kerjaya mereka. Dalam sesi tersebut, Dr. Farah salah seorang penyelidik UMPSA yang tersenarai dalam Top 2% Scientist 2025 – Stanford–Elsevier bagi kategori Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement) membuka ruang pandang tentang bagaimana penarafan tersebut dinilai.
Dr. Farah menjelaskan bahawa senarai Top 2% Scientist 2025 yang diterbitkan oleh Stanford University dan Elsevier merupakan penarafan tahunan yang mengenal pasti penyelidik bertaraf dunia berdasarkan data bibliometrik daripada pangkalan data Scopus.
Menurut beliau, elemen seperti sumbangan inovatif, rangkaian koloborasi, sitasi & impak serta penyelidikan yang teliti dan konsisten perlu ada di dalam penyelidikan supaya penyelidikan diiktiraf di peringkat global.
Beliau turut berkongsi panduan memilih jurnal sasaran yang tepat dengan memanfaatkan pangkalan data dan alat yang disediakan oleh perpustakaan.
“Dalam penerbitan artikel, penyelidik perlu jelas dengan pemilihan jurnal yang di sasarkan dengan mengambilkira kriteria seperti skop jurnal, sasaran audien, jurnal impak faktor, tempoh masa semakan@review jurnal dan juga kos penerbitan,” ujarnya.
Perkongsian tersebut turut memberi inspirasi kepada para peserta termasuk pelajar pascasiswazah Fakulti Sains & Teknologi Industri, Sakina Shahabudin, yang mengakui perkongsian tersebut sangat dekat dengan perjalanan beliau sebagai pelajar yang sedang melalui proses penulisan dan penerbitan penyelidikan
“Saya baru betul-betul faham peranan besar Perpustakaan UMPSA dalam membantu mencari artikel dan jurnal ketika menulis manuskrip atau tesis tidak hanya empat pinjam buku saja, rupanya banyak tools dan sokongan yang kami tak pernah explore.
“Saya berazam ingin cuba mula tulis manuskrip penyelidikan berdasarkan tips yang dikongsikan oleh Dr. Farah,” katanya.
Sesi tersebut diakhiri dengan ungkapan hikmah Imam a-Ghazali yang merangkum inti pati keseluruhan perkongsian hari itu: “Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.” — Imam al-Ghazali.
Di sediakan oleh;
Cik Amelia Hasan dan Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan