Pelajar Kursus DRA 2964 Manfaatkan Discovery@Lib sebagai Platform Carian Maklumat - 12 Disember 2025
Jumlah paparan: 9

GAMBANG, 12 Disember 2025 – Perpustakaan UMPSA terus memainkan peranannya dalam menyokong kecemerlangan akademik apabila mengadakan Kelas Pendidikan Pengguna Perpustakaan bertajuk Discovery@Lib & Strategi Pencarian Maklumat yang memfokuskan kepada penggunaan Discovery@Lib sebagai platform carian utama serta strategi pencarian maklumat berkesan.
Kelas ini melibatkan pelajar Kursus DRA 2964, Civil Engineering Final Project dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) dan bertujuan untuk memperkukuh kemahiran literasi maklumat di kalangan pelajar terutamanya dalam penyediaan projek tahun akhir.
Penganjuran kelas ini juga mencerminkan komitmen perpustakaan dalam memperkasa pelajar agar lebih kompeten memanfaatkan sumber perpustakaan secara optimum.
Sepanjang sesi, pelajar telah diperkenalkan kepada Discovery@Lib, iaitu platform carian bersepadu perpustakaan yang membolehkan akses pantas kepada pelbagai sumber maklumat seperti buku, e-buku, jurnal, artikel akademik dan bahan digital lain.
Antara pengisian utama kelas adalah penggunaan kata kunci yang tepat, teknik penapisan carian, penilaian kesahihan sumber maklumat serta kaedah mengenal pasti rujukan akademik yang berkualiti dan relevan dengan bidang kejuruteraan awam.
Pendekatan ini dilihat selari dengan keperluan semasa pelajar yang berdepan cabaran menapis lambakan maklumat digital.
Bagi memastikan pembelajaran bersifat praktikal dan interaktif, beberapa slot aktiviti turut dilaksanakan sepanjang sesi pengajaran bagi melatih pelajar mempraktikkan penggunaan Discovery@Lib sebagai sumber carian maklumat.
Selain itu, penyediaan hadiah menarik kepada pelajar yang berjaya menyelesaikan aktiviti dengan tepat dan pantas telah berjaya meningkatkan penglibatan serta minat pelajar sepanjang sesi berlangsung.
Seorang pelajar, Sofiya Amanda Shamsul Azizi, menzahirkan rasa teruja selepas selesai aktiviti.
“Memang terbaik, banyak maklumat yang saya dapat dalam kelas ini.
“Cadangan saya, sesi ini perlu diadakan kepada pelajar baru dan dimulakan pada semester awal agar pelajar mendapat maklumat dengan banyak dalam aplikasi kerja tugasan universiti,” ujarnya.
Sementara itu, Saifuddin Faizul turut mengakui keberkesanan kelas ini bagi dirinya.
“Banyak ilmu baru yang saya dapat lepas join kelas ini.
“Membantu saya untuk buat FYP nanti," katanya.
Di sediakan oleh;
Siti Zulaiha Binti Abdullah
Pembantu Pustakawan