Sesi Latihan Bersama Elsevier: “Where to Publish” di Perpustakaan UMPSA Gambang – 24 Januari 2024
Jumlah paparan: 2579
Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Postgraduate Association (PGA UMPSA) dan Elsevier telah mengadakan sesi latihan akademik bertajuk “Where to Publish?” pada hari Rabu, 24 Januari 2024 di Auditorium Perpustakaan Gambang. Sesi latihan ini bertujuan untuk membantu peserta terutamanya pelajar pascasiswazah dalam memilih jurnal yang bersesuaian dengan bidang mereka.
Sesi latihan ini dihadiri oleh 86 peserta yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah dan pensyarah dari pelbagai fakulti. Dr. Benny Ang dari Southeast Asia, Elsevier Science Direct telah mengendalikan sesi latihan ini. Topik utama yang menjadi perhatian peserta ialah panduan mengenalpasti jurnal predator, panduan menilai reputasi jurnal serta panduan menggunakan alat pencarian jurnal yang sesuai mengikut bidang kajian. serta panduan menilai reputasi sesebuah jurnal.
Salah seorang peserta yang merasa teruja gembira dengan penganjuran sesi latihan ini adalah Cik Nurul Farah Anisa Binti Hairolnizam, pelajar pascasiswazah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam. Beliau mengatakan bahawa sesi ini memberikan banyak maklumat dan pengetahuan baru tentang penerbitan bahan ilmiah. "Saya sangat gembira dapat menyertai sesi ini. Banyak tips penting berkaitan penulisan dan penerbitan yang relevan dengan keperluan bidang saya. Diharap perpustakaan dapat menganjurkan lagi sesi seperti ini yang saya yakin dapat memberi motivasi kepada peserta untuk menghasilkan penerbitan terbaik," ujar Nurul Farah Anisa yang juga merupakan Presiden UMPSA Postgraduate Association.
Di akhir sesi, peserta juga berkesempatan untuk bertanya dan berdiskusi secara langsung bersama Dr. Benny Ang mengenai berbagai pelbagai aspek berkaitan penerbitan penulisan di jurnal. Beberapa pertanyaan yang menarik antara lain mengenai cara menghindari jurnal predator, kriteria untuk memilih jurnal yang sesuai dengan bidang dan tips untuk meningkatkan kualiti penulisan. Setiap persoalan telah dijawab dengan jelas dan bermanfaat kepada semua peserta. Diharapkan sesi latihan ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua peserta dan membantu dalam menghasilkan penerbitan yang berkualiti.
Disediakan oleh:
Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Unit Pendidikan & Penyelidikan
Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Unit Pendidikan & Penyelidikan
Disunting oleh:
Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan
Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan