Seminar KFKKS 2024: Perpustakaan UMPSA Menerajui Inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (19-20 Ogos 2024)

Seminar KFKKS 2024: Perpustakaan UMPSA Menerajui Inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (19-20 Ogos 2024)

Seminar Kumpulan Fokus Khas Kejuruteraan dan Seni Bina (SKFKKS) 2024 yang berlangsung di Perpustakaan Kejuruteraan, Kampus Kejuruteraan USM telah diadakan pada 19 dan 20 Ogos 2024. Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMPSA) telah menyertai seminar tersebut diwakili oleh empat staf termasuk Ketua Pustakawan, dua Pustakawan Kanan dan seorang Penolong Pustakawan Kanan sebagai pembentang kertas kerja dan peserta seminar.

Sebanyak lapan kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar kali ini dengan topik-topik yang merangkumi sub-tema yang ditetapkan iaitu perkhidmatan sokongan penyelidikan perpustakaan kejuruteraan dan seni bina, jaringan kerjasama komuniti/Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) perpustakaan kejuruteraan dan seni bina/organisasi, skil, teknikal, kepustakawanan dan seni bina dan kecerdasan buatan di perpustakaan kejuruteraan dan seni bina.

Perpustakaan UMPSA telah menyumbangkan satu kertas kerja bertajuk “Matlamat Pembangunan Mampan (SDG): Kolaborasi dan Inisiatif Perpustakaan UMPSA” yang ditulis oleh Ketua Pustakawan, Cik Kamariah Gono dengan bantuan Pustakawan Kanan, Puan Nor Ashikin Ahmad. Kertas kerja ini membincangkan inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan oleh Perpustakaan UMPSA serta kolaborasi dengan jabatan-jabatan di dalam dan luar UMPSA dalam menyokong dan merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Antara inisiatif yang dikongsi semasa sesi pembentangan termasuklah projek Butik Preloved, Give & Sale (PGS), Waste4Fine, aktiviti Jom Sihat, projek hijau, dan pelbagai lagi. Projek-projek ini masih diteruskan kerana memberikan manfaat kepada pengguna perpustakaan dan komuniti setempat.

Image
Image

Seminar ini memberikan peluang kepada para pembentang untuk berkongsi pengalaman berkaitan projek-projek yang telah dijalankan dan sekaligus memperkaya pengetahuan pustakawan yang lain. Selain itu, peserta turut berpeluang menyertai lawatan ke sekitar Perpustakaan Kampus Kejuruteraan sebelum sesi seminar bermula bagi memberikan ruang kepada peserta untuk bertukar-tukar pandangan dan melihat kemudahan yang disediakan. Secara tidak langsung, ia memberikan inspirasi dan idea baharu yang boleh diaplikasikan di institusi masing-masing. Ini menjadikan seminar ini sebagai platform penting bagi kemajuan bersama dalam bidang kepustakawanan dan kejuruteraan.

Sebagai kesimpulan, penyertaan Perpustakaan UMPSA dalam Seminar Kumpulan Fokus Khas Kejuruteraan dan Seni Bina (SKFKKS) telah membuka ruang untuk pertukaran ilmu dan pengalaman yang sangat berharga di kalangan pustakawan dan peserta seminar. Pembentangan kertas kerja serta inisiatif yang diketengahkan menunjukkan komitmen Perpustakaan UMPSA dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui pelbagai kolaborasi dan projek yang berterusan. Seminar ini bukan sahaja memperkayakan pengetahuan para peserta tetapi juga memperkukuhkan jaringan kerjasama antara institusi yang akan terus menyokong pembangunan mampan dalam bidang kejuruteraan dan seni bina.

Image
Image

Disediakan oleh:

haryatiPn. Nor Ashikin Ahmad,
Senior Librarian

Disemak oleh:

Amelia2Cik Amelia Hasan,
Pustakawan


Cetak   Emel