Perkongsian Ilmu - Technology Update : New System in the Library - eResources system (EzProxy Hosted) & Sistem LoRES (Library Online Reservation System) - 2 Ogos 2024

Perkongsian Ilmu - Technology Update : New System in the Library - eResources system (EzProxy Hosted) & Sistem LoRES (Library Online Reservation System) - 2 Ogos 2024

Pada 02 Ogos 2024, Unit Pengurusan Ilmu telah mengadakan Program Perkongsian Ilmu : Technology Update bertajuk New System in the Library - eResources system (EzProxy Hosted) & Sistem LoRES (Library Online Reservation System). Perkongsian ilmu yang memfokuskan kepada perkembangan terbaru dan manfaat kedua-dua sistem ini telah disampaikan oleh En. Mohd Arifin bin Abdul Aziz, Pustakawan Unit Sistem & Aplikasi.

Sesi perkongsian ilmu ini telah berlangsung secara dalam talian selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi, dengan penyertaan seramai 52 orang staf dari Pekan dan Gambang. Turut mengikuti sesi perkongsian kali ini adalah Ketua Pustakawan, Cik Hajah Kamariah Gono; Timbalan Ketua Pustakawan (Bahagian Pengurusan Ilmu & Digital), Puan Noorul Farina Ariffin; dan Timbalan Ketua Pustakawan (Bahagian Perkhidmatan Pengguna), En. Ahmad Nurudin Abd. Nasir.
Image
Image
En. Mohd Arifin memulakan sesi perkongsian dengan memaklumkan penukaran pautan baharu dan kaedah mengakses semua sumber elektronik seperti pangkalan data, e-buku, e-jurnal dan e-standard melalui sistem eResources. Staf perpustakaan telah ditunjukkan demo penggunaan dan cara mengakses eResources melalui portal perpustakaan di pautan ini https://library.umpsa.edu.my/index.php/en/ecollection/eresource. Selain itu, En. Ariffin turut menerangkan perbezaan sistem EzProxy (Standalone) dan EzProxy (Hosted).

Pada sesi seterusnya, En. Mohd Arifin berkongsi tentang sistem tempahan ruang di dalam Perpustakaan secara dalam talian iaitu Library Online Reservation System (LOReS), yang telah dibangunkan oleh kumpulan Catalyst yang merupakan kumpulan KIK Perpustakaan UMPSA bagi tahun 2024. Sistem ini telah beroperasi sejak Mac 2024 tanpa melibatkan kos projek tambahan. Sepanjang penggunaan sistem ini, maklumbalas positif telah diterima kerana sangat memudahkan pengguna dalam membuat tempahan ruang di Perpustakaan UMPSA. Sistem ini boleh diakses melalui pautan berikut, https://lookerstudio.google.com/u/0/reporting/82772e64-5280-427f-b8f9-56aab2f339d0/page/6oOQD?s=tWvHYyWe08U.

Dengan sesi perkongsian ini, diharapkan semua staf dapat memanfaatkan sistem-sistem baharu ini dengan lebih baik, bagi mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan pengalaman pengguna di Perpustakaan UMPSA.
Disediakan oleh:


Pn. Norsaini Abdul Samat,
Pembantu Pustakawan Kanan
Disunting oleh:


Pn. Affida Abu Bakar,
Pustakawan Kanan

Cetak   Emel