Perpustakaan UMP ke arah merealisasi IR4.0 melalui teknologi MakerLab
Jumlah paparan: 3333
Perpustakaan mengambil inisiatif mengadakan lawatan kerja ke MakerLab UiTM bagi menjalin kerjasama dari segi perkongsian maklumat dan rujukan dalam mewujudkan MakerLab di Perpustakaan UMP.
Delegasi UMP diketuai oleh Ketua Pustakawan, Encik Azman Abdul Rahim dan turut disertai wakil fakulti dan pusat penyelidikan (Ir. Dr. Noor Zaihah Jamal, Sr. Dr. Ngahzaifa Ab Ghani dan Ts. Shahrulnaim Mohamad Nawi). Kedatangan delegasi UMP dirai oleh Dr. Siti Azma Jusoh selaku Ketua Projek merangkap Koordinator MakerLab di PTAR, Puncak Alam. Beliau telah memberi taklimat terperinci berkaitan MakerLab dan perlunya perancangan yang rapi dalam pelaksanaannya dengan mengambilkira fungsi dan skop MakerLab itu sendiri.
Menurut Dr. Siti Azma, pembangunan kemahiran untuk generasi muda perlu ada agar mereka mampu mempelopori pelbagai bidang yang bersesuaian. MakerLab UiTM membuka peluang kepada pelajar untuk belajar rekaan 3D dan asas pengaturcaraan.
Antara komponen atau peralatan MakerLab adalah seperti:
i. Mesin Percetakan 3D
ii. Set Virtual Reality (VR) & Augmented Reality (AR)
iii. Komputer dan perisian
iv. Grafik & fotografi
v. Perabot yang bersesuaian
Delegasi UMP juga telah dibawa melawat ke ruang Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Puncak Alam. Semoga perkongsian dan pendedahan yang diberikan oleh pasukan MakerLab UiTM dapat membantu dan membuka pandangan bagi membangunkan perkhidmatan MakerLab di Perpustakaan UMP untuk warga UMP dan komuniti setempat.
Disediakan oleh:
En. Mohd Ariffin Abdul Aziz
Pustakawan
En. Mohd Ariffin Abdul Aziz
Pustakawan
Disunting oleh:
Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan
Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan