Bengkel Penulisan Buku: Kumpulan Fokus Khas (KFK) Kejuruteraan dan Senibina, Perpustakaan Universiti Awam 28 - 29 Mac 2022
Jumlah paparan: 3782
Bengkel Penulisan Buku oleh Kumpulan Fokus Khas (KFK) Kejuruteraan dan Senibina Perpustakaan Universiti Awam telah diadakan pada 28-29 Mac 2022 di Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kampus Gambang. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Encik Azman bin Abdul Rahim selaku Ketua Pustakawan UMP dan merangkap Pengerusi Kumpulan Fokus Khas (KFK) Kejuruteraan dan Senibina Perpustakaan Universiti Awam.
Hasrat utama bengkel diadakan adalah untuk menerbitkan sebuah buku yang memuatkan kandungan berkaitan Perpustakaan Akademik yang bermutu tinggi. Setiap peserta akan menulis rencana berkaitan perpustakaan masing – masing dan akan dikumpulkan serta disemak oleh editor bertauliah dari Penerbit UMP.
Sepanjang bengkel para peserta akan didedahkan dengan:
• Pengenalan dan bentuk penulisan rencana
• Tujuan dan tabiat seorang penulis
• Ciri – ciri penulisan rencana
• Menulis pendahuluan
• Pengembangan idea
• Menulis penutup
Selaku tuan rumah dan juga penganjur, besarlah harapan agar selepas selesainya bengkel, para peserta dapat:
• Mengembangkan idea penulisan
• Menambahbaik penggunaan kosa kata peserta
• Penambahbaikan morfologi dan sintaksis Bahasa Melayu
• Mengetahui teknik penulisan rencana yang lebih efisyen
• Menerbitkan sebuah buku
• Memahami gaya bahasa penulisan rencana
Pihak Perpustakaan UMP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta bengkel kerana berjaya mengikuti bengkel 2 hari ini dengan jayanya. Tahniah dan syabas atas komitmen diberikan. Semoga dengan adanya bengkel ini dapat menyemarakkan lagi penghasilan rencana di kalangan pustakawan.
Disediakan oleh:
En. Ahmad Nurudin Abdul Nasir
Pustakawan Kanan
Seksyen Pemasaran
En. Ahmad Nurudin Abdul Nasir
Pustakawan Kanan
Seksyen Pemasaran
Disunting oleh:
Pn. Siti Aishah Ghani
Timb. Ketua Pustakawan
Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Pengguna
Pn. Siti Aishah Ghani
Timb. Ketua Pustakawan
Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Pengguna