Modul strategi pencarian maklumat membantu pelajar mempelajari kaedah pencarian maklumat yang efektif dan berkesan - 27 Mac 2024

Modul strategi pencarian maklumat membantu pelajar mempelajari kaedah pencarian maklumat yang efektif dan berkesan - 27 Mac 2024

Unit Pendidikan & Penyelidikan Perpustakaan (UPEN) UMPSA bertanggungjawab menganjurkan kelas pendidikan pengguna kepada para pensyarah, penyelidik dan pelajar. Pelbagai modul disediakan mengikut tajuk yang bersesuaian dengan pengguna seperti Pengenalan Perpustakaan, Strategi Pencarian Maklumat, Turnitin dan Mendeley.

Kelas-kelas ini diadakan secara berjadual atau mengikut permintaan daripada pensyarah dan juga kelas dari pihak pembekal. UPEN akan menyediakan jadual kelas bulanan secara berkala dan akan dijalankan secara fizikal atau dalam talian.

Pada bulan Mac 2024, sebanyak dua (2) kelas telah diadakan iaitu 20 Mac dan 27 Mac. Antara modul yang diajar seperti “Strategi Pencarian Maklumat” secara dalam talian. Modul ini bersesuaian kepada pelajar yang ingin mempelajari kaedah pencarian sumber maklumat yang betul, pemilihan kata kunci dalam pencarian, penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam penulisan akademik dan pengaksesan pangkalan data langganan perpustakaan.
Image
Pada sesi 27 Mac 2024, pelbagai soalan telah ditanya pelajar seperti cara penggunaan Scopus, teknik penggunaan kata kunci yang bersesuaian untuk carian. Selain itu, soalan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan seperti pinjaman antara perpustakaan, pinjaman antara cawangan perpustakaan dan lain-lain lagi. Pelajar juga telah diberikan penerangan berkenaan sistem pencarian yang boleh diakses di perpustakaan seperti EzProxy, eFind, portal perpustakaan dan eColLib.

Pihak UPEN amat menggalakkan para pengguna untuk menyertai program pendidikan pengguna anjuran Perpustakaan. Ini kerana dengan menghadirinya pengguna boleh mempelajari pelbagai platform pencarian maklumat yang disediakan bagi menyokong pendidikan dan penyelidikan universiti. Pensyarah yang ingin memohon slot kelas pendidikan pengguna untuk pelajar mempelajari modul-modul yang ditawarkan perpustakaan, boleh menghubungi mana-mana pustakawan UPEN Pekan atau Gambang untuk maklumat lanjut.
Disediakan oleh:


Pn. Nor Ashikin Ahmad,
Pustakawan Kanan
Disunting oleh:


Cik Amelia Hasan,
Pustakawan Kanan

Cetak   Emel