Memperkukuh Strategi Ke Arah Kecemerlangan Perpustakaan - 26 Januari 2026

Memperkukuh Strategi Ke Arah Kecemerlangan Perpustakaan - 26 Januari 2026

PEKAN, 26-27 Januari 2026 - Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan “Bengkel pelan Strategik UMPSA30” yang melibatkan 19 orang staf perpustakaan bertempat di Lounge Eksekutif, Perpustakaan UMPSA Pekan.

Bengkel selama dua hari ini bertujuan menilai secara menyeluruh pencapaian pelaksanaan Pelan Strategik Perpustakaan 2021–2025 disamping merangka hala tuju pembangunan Perpustakaan bagi tempoh 2026–2030, selaras dengan Pelan Strategik UMPSA 2026–2030 (UMPSA30).

Sepanjang bengkel, sesi perbincangan secara kumpulan telah dilaksanakan melibatkan Kumpulan Pengurusan Sumber dan Kumpulan Perkhidmatan Maklumat bagi mengenal pasti kekuatan, cabaran serta cadangan penambahbaikan berdasarkan teras strategik yang telah ditetapkan.

Hasil perbincangan ini akan dijadikan dapatan utama dalam proses pemurnian Pelan Strategik Perpustakaan 2026–2030.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen Perpustakaan UMPSA dalam memperkukuh tadbir urus strategik serta memastikan penyampaian perkhidmatan perpustakaan yang mampan, relevan dan berimpak tinggi sejajar dengan keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.

Di sediakan oleh;
Pn. Noorul Farina Arifin
Timbalan Ketua Pustakawan

Cetak   Emel