Bengkel Senior Design Project (SDP): Mendeley dan Turnitin di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik – 5 Jun 2024
Jumlah paparan: 152
Pelajar sarjana muda di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dikehendaki mengambil kursus Senior Design Project (SDP) untuk memenuhi keperluan bagi menamatkan pengajian. Pada 5 Jun 2024, Perpustakaan telah dijemput untuk mengadakan sesi perkongsian bagi slot Bengkel SDP: Mendeley dan Turnitin di Bilik Mesyuarat Utama, FTKEE. Sesi ini telah dihadiri seramai 25 orang pelajar dari kursus BTE4826, BTS4826 dan BTW4826.
Sesi perkongsian ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan Mendeley dan Turnitin yang dapat membantu pelajar dalam menyiapkan laporan projek untuk dihantar kepada fakulti pada akhir semester nanti.
Sesi pertama dimulai dengan taklimat dan latihan penggunaan Mendeley. Pelajar telah diberi tunjuk ajar dan penerangan untuk mencipta akaun Mendeley dan menggunakan Mendeley Web Importer bagi mengimport dokumen dan laman web secara terus ke dalam Mendeley daripada enjin pencarian dan pangkalan data akademik. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan kepentingan menggunakan Mendeley Cite untuk memasukkan rujukan ke dalam Microsoft Word.
Sesi kedua memberi tumpuan kepada bagaimana untuk mengakses Turnitin termasuk cara untuk mencipta akaun, memuat naik dokumen ke dalam Turnitin dan melihat similarity report. Sesi soal jawab diadakan sebelum sesi berakhir.
Kedua-dua sesi perkongsian ini telah dikendalikan oleh Rosfadilla Mohamad Zainun dan dibantu oleh Sufarini Mohd Sudin dari Unit Pendidikan dan Penyelidikan, Perpustakaan. Bengkel ini berakhir dengan sesi bergambar bersama pengajar dari perpustakaan, pensyarah dan para pelajar. Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar untuk menyiapkan projek tahun akhir mereka.
Ditulis oleh:
Rosfadilla Binti Mohamad Zainun
Penolong Pustakawan Kanan
Rosfadilla Binti Mohamad Zainun
Penolong Pustakawan Kanan
Di semak oleh:
Cik Amelia Hasan,
Pustakawan
Cik Amelia Hasan,
Pustakawan