30 Pelajar Teruja Meneroka Ilmu Secara Interaktif di Program Explorace LIB 2025 - 29 Okt 2025

30 Pelajar Teruja Meneroka Ilmu Secara Interaktif di Program Explorace LIB 2025 - 29 Okt 2025

PEKAN, 29 Oktober 2025 – Perpustakaan UMPSA sekali lagi menganjurkan program Explorace LIB 2025 yang berlangsung serentak di Perpustakaan Pekan dan Gambang sempena I-LIB Research Week 2025 dengan tema “Meneroka Ilmu”.

Menariknya, program ini telah berjaya menarik penyertaan 30 pelajar dari pelbagai fakulti dalam tempoh seminggu dipromosikan di portal dan media sosial perpustakaan.

Program berbentuk edutainment challenge ini bertujuan memupuk kerjasama dan keupayaan menyelesaikan masalah, di samping menpertingkatkan kefahaman pelajar mengenai peranan perpustakaan.

Sepanjang program, peserta perlu membuat tugasan yang disediakan di lima checkpoint dan perlu menyelesaikannya dalam masa satu jam.

Turut membantu menjayakan program ini ialah fasilitator yang juga merupakan staf perpustakaan.

Menurut fasilitator Nor Nadia Shahida Zakria, peserta memberi komitmen tinggi sepanjang program berlangsung.

“Semangat dan kerjasama kumpulan sangat baik sehingga setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan pantas.

“Saya seronok melihat pelajar selesaikan setiap tugasan dan akan datang urusetia boleh tambah checkpoint dengan aktiviti yang lebih mencabar kemahiran mereka,” katanya.

Manakala fasilitator Roziati Razali, turut mengakui keberkesanan program ini sebagai ruang komunikasi antara staf perpustakaan dan pelajar.

“Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan staf perpustakaan.

“Saya dapat mengenali pelajar dan ini dapat memudahkan urusan berkaitan perpustakaan selepas ini,” ujarnya.

Seorang peserta dari Fakulti Komputer, Muhammad Farid Kamal, menzahirkan rasa teruja selepas selesai aktiviti.

“Explorace ini membantu saya memahami penggunaan sistem di perpustakaan seperti Discovery@LIB.

“Aktiviti yang fun & interactive memudahkan pelajar memahami fungsi perpustakaan sekaligus dapat meningkatkan soft skills mereka,” ujarnya.

Sementara itu, peserta dari Fakulti Sains & Teknologi Indsutri, Aminuddin Jahid Md Hatta, menyatakan bahawa semua aktiviti memerlukan kebersamaan dan toleransi antara ahli.

“Semua aktiviti mengajar kami untuk lebih bertoleransi dan saling membantu.

“Kami juga dapat peluang mencari maklumat di perpustakaan sambil beriadah,” jelasnya.

Berkongsi harapan beliau mengenai program ini, Aminuddin berharap Explorace LIB dapat diadakan setiap tahun.

Program Explorace LIB menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang iaitu RM150 (Juara), RM120 (Naib Juara), RM90 (Tempat Ketiga), RM75 (Tempat Keempat) dan RM60 (Tempat Kelima).

Semua peserta menerima hadiah yang disampaikan oleh Ketua Pustakawan, Kamariah Gono di Perpustakaan Pekan dan Timbalan Ketua Pustakawan, Rohaida Mohamad Idaris di Perpustakaan Gambang.

Di sediakan oleh;
Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan


Cetak   Emel