UMPSA LIBRARY   

Book Review

 Buku lengkap kesihatan harian

Buku lengkap kesihatan harian

Buku lengkap kesihatan harian : pengenalan penyebab ragam penyakit dan terapinya/ Imam Ahmad Ibnu Nizar, Penterjemah : Norsheila Mohd. Yusof

ISBN : 9789760268170
Penerbit : Ar-Risalah Product, Batu Caves, Selangor.
Tahun Diterbitkan: 2013
Muka Surat : ms 343
Call Number Buku : RA776.5 .A36 2013

Buku ini menghimpunkan pelbagai panduan kesihatan yang merangkumi aspek penyebab, tanda-tanda, dan rawatan bagi pelbagai jenis penyakit. Penulis menerangkan hubungan antara gaya hidup, pemakanan, dan faktor spiritual terhadap tahap kesihatan seseorang. Imam Ahmad Ibnu Nizar menyusun kandungan buku ini dengan pendekatan yang mudah difahami oleh pembaca umum. Setiap bab disusun secara sistematik bermula dengan pengenalan penyakit, punca utama, hingga kepada rawatan dan langkah pencegahan.

Keistimewaan buku ini ialah gabungan antara ilmu perubatan moden dan tradisional Islam, menjadikannya unik dan relevan untuk masyarakat yang ingin menjaga kesihatan secara holistik. Apabila membaca buku ini , kekuatan dari segi menyediakan panduan menyeluruh yang berasaskan pengalaman dan ilmu perubatan Islam. Buku ini mudah dijadikan rujukan harian bagi pelbagai lapisan umur. Dalam aspek kelemahan, buku ini menceritakan sebahagian rawatan tradisional tidak memperjelaskan bukti saintifik secara tambahan dan tidak semua terapi sesuai untuk keadaan moden tanpa nasihat doktor.

Saya mendapati buku ini sangat menarik kerana ia bukan sahaja memberi panduan kesihatan yang mudah difahami, tetapi turut mengaitkan aspek spiritual dalam kehidupan harian. Penulis berjaya menulis dengan gaya bahasa yang jelas dan mudah diikuti. Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Secara keseluruhannya, Buku Lengkap Kesihatan Harian memberikan pengetahuan berguna tentang cara menjaga kesihatan tubuh dan minda. Buku ini mengingatkan pembaca agar sentiasa menjaga keseimbangan antara aspek fizikal, mental dan rohani untuk mencapai kehidupan yang sihat dan bahagia.

Ringkasan buku oleh:  Encik Zairi bin Ibrahim, Pembantu Pustakawan Kanan
Image
Contact Us
Library
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan Pahang
MALAYSIA

Tel : +609 431 5035 (Pekan)
        +609 431 5063 (Gambang)
Email : umplibrary@umpsa.edu.my

Our Location

PEKAN Library

   

GAMBANG Library

— Ask Us