UMPSA LIBRARY   

Book Review

Bila Hati Berkata ...Biar Hati Terasa

Bila Hati Berkata ...Biar Hati Terasa

Bila Hati Berkata ...Biar Hati Terasa - Bonda Nor, Muhd Kamil Ibrahim

ISBN : 9789830975788
Penerbit : Galeri Ilmu
No. Panggilan : BP188 .B66 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Muka surat : 168 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88276


Ringkasan buku oleh: Hazlinda binti Abdul Rahman, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Image
Buku ini sangat menjentik hati yang kadang-kadang alpa dalam mengatur langkah. Menyusun emosi supaya lebih positif dengan percaturan takdir. Buku yang sangat mendidik diri menjadi lebih baik dan lebih berhati-hati menyusun perjalanan di dunia dan juga di akhirat. Gaya penulisan di dalam buku ini mempunyai bahasa santun tetapi menyentap rasa dan memberi ruang untuk lebih berfikir.

Buku ini juga, boleh dijadikan seumpama ubat bagi hati yang menderita. Ianya boleh diulang-ulang dibaca agar dapat mengurangkan hati yang berduka. Terkadang kesakitan hati yang kita alami tidak ada manusia lain yang tahu. Terkadang diri sendiri juga tidak peka dengan penyakit hati yang kita alami.

Buku ini dapat membantu kita memahami tentang apa yang kita sedang hadapi. Teguran yang lembut dan ikhlas namun tegas dari dua orang penulis yang benar-benar menginginkan kebaikan buat pembaca seperti kita. Alhamdulillah, buku ini amat sesuai untuk semua golongan sebagai panduan dan rujukan kepada semua. Gaya bahasanya yang mudah difahami serta tidak membosankan. Semoga melalui pembacaan buku ini dapat membantu menjadikan diri lebih memahami dan menyayangi diri sendiri, menjadikan diri sentiasa positif dan bermotivasi tinggi.
Image
Contact Us
Library
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan Pahang
MALAYSIA

Tel : +609 431 5035 (Pekan)
        +609 431 5063 (Gambang)
Email : umplibrary@umpsa.edu.my

Our Location

PEKAN Library

   

GAMBANG Library

— Ask Us