UMPSA LIBRARY   

Book Review

Rahsia jutawan Islam Abdul Rahman bin Auf

Rahsia jutawan Islam Abdul Rahman bin Auf

Image
' Rahsia jutawan Islam Abdul Rahman bin Auf ' - Aizuddinur Zakaria

ISBN   : 9833494005
Penerbit  : PTS Publishing, 2012
No. Panggilan :BP173.75 .A39 2012
Tahun diterbitkan : 2012
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=44696
Buku yang ditulis oleh penulis mengupas satu rahsia  kejayaan seorang usahawan islam di zamannya yang terkenal iaitu Abdul Rahman bin Auf. Beliau mengembangkan kuasa ekonominya melalu strategi beliau yang mampu membantu para usahawan zaman sekarang untuk mengembangkan empayar perniagaan mereka. Rahsia kejayaaannya mampu memecahkan  monopoli perniagaan kaum yahudi  pada masa itu.  Nilai kekayaannya pada masa tersebut dianggarkan mencecah RM107 juta.
 
Apa yang menarik dalam buku ini adalah strategi yang beliau gunakan iaitu “JUALAN PADA HARGA MODAL”. Jika difikir dari segi logik akal agak mustahil untuk mencapai keuntungan dalam perniagaan sekiranya peniaga melaksanakan strategi ini. Namun, melalui penulisan buku ini terdapat penerangan yang menarik yang boleh diaplikasikan pada masa sekarang kepada para peniaga dalam mengembangkan empayar mereka.
 
Dalam buku ini terdapat banyak lagi kupasan mengenai strategi strategi lain yang  digunakan oleh beliau sehingga menjadi ikon usahawan dan tokoh jutawan islam. Dari segi penggayaan penulisan pula buku ini amat mudah untuk difahami dari segi fakta-fakta yang  jelas dan ringkas.
Image
Ulasan buku oleh:
En. Mohd Esuadi bin Mustaffa, Pembantu Perpustakaan Kanan
Image
Contact Us
Library
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan Pahang
MALAYSIA

Tel : +609 431 5035 (Pekan)
        +609 431 5063 (Gambang)
Email : umplibrary@umpsa.edu.my

Our Location

PEKAN Library

   

GAMBANG Library

— Ask Us