UMPSA LIBRARY   

Book Review

Falsafah hidup

Falsafah hidup

Image
' Falsafah hidup ' - Hamka

ISBN   : 9971773295
Penerbit  : Pustaka Nasional, 1995
No. Panggilan :BP161.2 .H35 1995
Tahun diterbitkan : 1995
Muka surat : 359
URL efind   : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=21814
Sebuah karya agung yang tak lekang di zaman. Sebut sahaja Hamka seorang pujangga yang terkenal di Tanah Seberang bahkan di rantau sini. Hamka merupakan seorang ulama dan pengarang buku yang hebat lagi tersohor. Banyak buku yang dikarangnya mengulas mengenai falsafah keagamaan dan buku ini antara nashkah yang terbaik. Pemikiran yang ingin diterapkan oleh Hamka semakin kita beragama semakin taat kita kepada Maha Pencipta. Perumpaman ini ibarat resmi padi makin berisi makin menunduk.

Buku ini mempunyai 9 bab yang dimulai dengan falsafah tentang hidup, ilmu dan akar, undang-undang alam, adab kesopanan, kesederhana dalam semua aspek perkara, sifat keberanian, keadilan dalam Islam, nilai persahabatan dan bab akhir sekali diterangkan mengenai Islam pembentuk pandangan hidup.

Buku banyak memberi manafaat kepada para pembaca yang ingin bimbingan dalam menempuh arus kemajuan dalam membangun sebuah negara Islam yang progresif dan makmur. Akhir kalam, kita hendaklah percaya penuh dengan iman, dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah FALSAFAH HIDUP.
Image
Ulasan buku oleh:
En. Mohd Fauzi Mohamed, Pembantu Pustakawan Kanan
Image
Contact Us
Library
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan Pahang
MALAYSIA

Tel : +609 431 5035 (Pekan)
        +609 431 5063 (Gambang)
Email : umplibrary@umpsa.edu.my

Our Location

PEKAN Library

   

GAMBANG Library

— Ask Us