Penglibatan Pustakawan Perpustakaan UMPSA dalam Program Plogging Sempena Hari Bumi 2025 - 2 April 2025
Jumlah paparan: 7
Pekan, 2 April 2025 - Pustakawan dari Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai Program Plogging di Pantai Tanjung Gosong, Pekan, anjuran Pusat Pembangunan Kelestarian SDG/ESG (SDC), UMPSA dengan kerjasama Open University Malaysia (OUM) Kuantan dan Pahang Skills Development Centre (PSDC).
Penyertaan ini membuktikan komitmen perpustakaan dalam menyokong sambutan Hari Bumi Sedunia 2025, sekaligus memperlihatkan keprihatinan terhadap kelestarian alam sekitar.
Sepanjang program plogging ini, para peserta dipecahkan kepada empat kumpulan dan ditugaskan mengumpulkan sisa buangan di sepanjang pantai.
Kerjasama erat antara peserta menyerlahkan semangat kesukarelawanan dan sokongan padu terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.


Program ini menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim, SDG 14: Hidupan Laut, dan SDG 15: Kehidupan di Darat.
Sebanyak 564 kilogram sisa sampah telah berjaya dikumpulkan dalam jarak 500 meter sepanjang pantai.
Proses pengumpulan dan pengurusan sisa turut mendapat bantuan daripada SWCorp Pekan dan Alam Flora, memperlihatkan sinergi dan kolaborasi erat antara organisasi dalam menyokong SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat.
Terima kasih kepada Pusat Pembangunan Kelestarian SDG/ESG (SDC), UMPSA kerana menganjurkan program ini.
Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. “Selamat Hari Bumi 2025” kepada semua.


Disediakan oleh:Pn. Nor Ashikin Ahmad
Pustakawan Kanan
Disuntingkan oleh:
Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Unit Pendidikan & Penyelidikan