UMPSA LIBRARY   

Berita & Acara

Gotong Royong Perdana Perpustakaan UMP, Pekan

Gotong Royong Perdana Perpustakaan UMP, Pekan

PEKAN - 20 Julai 2022, Staf Perpustakaan UMP, Pekan bekerjasama dan bersatu hati dalam menjayakan aktiviti gotong-royong yang dijalankan pada 20 Julai 2022, Rabu bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Aktiviti ini dimulakan dengan sesi bergambar dan melakukan senaman regangan bagi memberi semangat dan tenaga serta meringankan ketegangan otot.

Aktiviti gotong-royong perdana dijalankan semasa cuti semester bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna Perpustakaan. Ia melibatkan kerja-kerja pembersihan dan susun atur perabot di ruang pengguna. Perabot rosak diasingkan bagi memudahkan proses baik pulih dan pelupusan.

Semoga suasana kondusif, selamat dan bersih dapat memberi keselesaan kepada pengguna Perpustakaan UMP.

Image
Image
Image
Disediakan oleh:


Pn. Noorul Farina Arifin
Pustakawan Kanan
Penyelaras EKSA, Perpustakaan Pekan
Image
Contact Us
Library
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan Pahang
MALAYSIA

Tel : +609 431 5035 (Pekan)
        +609 431 5063 (Gambang)
Email : umplibrary@umpsa.edu.my

Our Location

PEKAN Library

   

GAMBANG Library

— Ask Us