Hamas : pejuang kota suci Baitulmuqaddis
Book Review
Jumlah paparan: 7
Hamas : pejuang kota suci Baitulmuqaddis/ Maszlee Malik
ISBN : 9786294930247
Penerbit : PTS Millennia
Tahun Terbitan : 2009
Muka surat : 194 muka surat
Nombor Panggilan : JQ1830.A98 M37 2009
https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=44143
Ringkasan buku oleh: Norashikin binti Nordin, Pembantu Pustakawan
ISBN : 9786294930247
Penerbit : PTS Millennia
Tahun Terbitan : 2009
Muka surat : 194 muka surat
Nombor Panggilan : JQ1830.A98 M37 2009
https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=44143
Karya terulung dari tokoh hebat tanah air iaitu Dr. Maszlee Malik. Beliau mengupas serba sedikit sejarah penubuhan Hamas di Palestin. Hamas atau Harakat al-Muqawamah Al-Islamiyyah yang bermaksud “Gerakan Perlawanan Islam” ditubuhkan pada 14 Disember 1987 di Gaza oleh Sheikh Ahmad Yassin, Abdel Aziz Al-Rantisi, dan beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin di Palestin.
Kemunculan Hamas berlaku semasa Intifada Pertama (1987-1993), iaitu pemberontakan rakyat Palestin terhadap penjajahan Israel yang bermula pada Disember 1987. Ketika itu, gerakan pembebasan Palestin didominasi oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang sekular dan dipimpin oleh Yasser Arafat. Namun, Hamas muncul sebagai alternatif dengan pendekatan Islam yang lebih tegas dalam perjuangan membebaskan Palestin. Hamas digambarkan sebagai gerakan dengan tiga elemen utama iaitu politik, sosial (kebajikan) dan ketenteraan. Ideologi Islam menjadi nadi kepada perjuangan mereka.
Peranan Baitulmuqaddis (al-Quds) juga turut dibincangkan. Baitulmuqaddis adalah kota suci yang penting bagi tiga agama samawi iaitu Yahudi, Kristian, dan Islam. Bagi Hamas, ia adalah simbol perjuangan Palestin yang membangkitkan semangat kebangkitan dan perlawanan terhadap penjajahan. Penulis membincangkan ketegangan dan konflik antara Hamas, Fatah, PLO, serta dunia Arab yang sering bercampur antara sokongan dan penentangan. Pada tahun 2006, Hamas menyertai pilihan raya Palestin buat pertama kali dan berjaya mengejutkan dunia dengan kemenangan besar. Ini telah menimbulkan konflik di antara Hamas dan Fatah, yang telah lama mendominasi politik Palestin.
Buku ini sangat sesuai dibaca sebagai pengenalan untuk pembaca yang mahu memahami siapa Hamas, bagaimana mereka muncul, dan peranan mereka dalam perjuangan Palestin. Ia membuka ruang kesedaran, terutama bagi pembaca Melayu-Islam tentang realiti politik Gaza dan Baitulmuqaddis.
Ringkasan buku oleh: Norashikin binti Nordin, Pembantu Pustakawan