Perpustakaan UMPSA Anjur Latihan Penggunaan eBooks ScienceDirect Bersama Pensyarah - 26 Mei 2025

Perpustakaan UMPSA Anjur Latihan Penggunaan eBooks ScienceDirect Bersama Pensyarah - 26 Mei 2025

Pada 26 Mei 2025, Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan satu sesi latihan berkaitan penggunaan koleksi eBooks dari platform ScienceDirect dikendalikan oleh Dr. Benny Ang dari Elsevier ScienceDirect di Makmal Komputer, Perpustakaan Gambang.

Sesi ini dihadiri beberapa pensyarah mewakili fakulti dari Fakulti Pengurusan Industri (FIM) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA).

Sesi latihan bertujuan memberikan pendedahan kepada pensyarah mengenai teknik pencarian bahan rujukan yang relevan dan sejajar dengan keperluan subjek serta rangka kursus masing-masing.
Image
Image
Perkongsian daripada Dr. Benny Ang berkaitan topik pengenalan kepada koleksi eBooks yang ditawarkan oleh ScienceDirect, strategi penggunaan kandungan eBook secara efektif dalam pengajaran dan pembelajaran akademik, ciri-ciri Istimewa (features) yang tersedia dalam eBook ScienceDirect serta contoh penggunaan bab buku (book chapter) yang boleh dimanfaatkan sebagai bahan sokongan pengajaran.

Pustakawan Unit Pendidikan & Penyelidikan, Affida Binti Abu Bakar berkongsi panduan praktikal mengenai kaedah mengintegrasikan pautan eBook ke dalam platform KALAM iaitu sistem pengurusan pembelajaran (LMS) di UMPSA.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan perpustakaan dalam memperkasa pengajaran digital serta menggalakkan penggunaan sumber elektronik dalam kalangan pensyarah dan pelajar.
Image
Image

Disediakan oleh:


Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Unit Pendidikan & Penyelidikan

Disunting oleh:

azura
Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan