Sendiri Mau Ingat
Sendiri Mau Ingat – Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
ISBN : 9789678603256
Penerbit: Karya Bestari Sdn. Bhd.
No. Panggilan: BF503 .T83 2008 c.3
Tahun Diterbitkan: 2008
Mukasurat: 320
Url Efind: https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=46612
Ringkasan buku oleh: Noor Fateeha Binti Mohamad, Pembantu Pustakawan
ISBN : 9789678603256
Penerbit: Karya Bestari Sdn. Bhd.
No. Panggilan: BF503 .T83 2008 c.3
Tahun Diterbitkan: 2008
Mukasurat: 320
Url Efind: https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=46612
Sendiri Mau Ingat merupakan sebuah buku yang menggabungkan pengalaman peribadi, pandangan motivasi dan renungan rohani penulis. Penulis mengetengahkan pengalaman hidupnya sebagai jalan penceritaan bagi menjadikan gaya penyampaian lebih santai dan mudah difahami oleh pembaca. Pendekatan first-hand story ini turut menjadikan mesej yang disampaikan lebih bermakna.
Buku ini mengandungi 75 tajuk, dan setiap tajuk menampilkan kisah tersendiri yang berpaksikan kepada pengalaman sebenar penulis.
Antara inti pati yang diketengahkan ialah keyakinan diri. Tidak salah untuk bersikap merendah diri, namun janganlah sehingga hilang motivasi diri. Justeru, keyakinan terhadap diri sendiri amat penting kerana ia mampu membawa seseorang ke arah kehidupan yang lebih baik.
Selain itu, penulis turut menekankan tentang kekuatan niat. Niat merupakan aturan minda dan hati sebelum melakukan sesuatu perkara. Apabila minda dan hati seiring untuk mencapai kejayaan, kejayaan pasti dapat dikecapi. Niat yang baik membawa kepada kejayaan yang berpanjangan dan begitulah sebaliknya.
Turut disentuh ialah konsep bahagia melalui kerja. Bahagia perlu dicari dengan mensyukuri apa yang dimiliki. Merasa diri bertuah mempunyai pekerjaan, berterima kasih atas gaji yang diterima, serta melakukan tugas dengan rasa gembira akan mencetuskan bahagia dalam pekerjaan. Menurut penulis, “targetlah kerja untuk bahagia dan bahagia melalui kerja anda.”
Kesimpulannya, buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana gaya penyampaiannya yang santai serta sarat dengan pengalaman dan pengajaran hidup yang dekat dengan realiti kehidupan seharian.
Ringkasan buku oleh: Noor Fateeha Binti Mohamad, Pembantu Pustakawan