MENGGAPAI BULAN : Topi Bulat Dalam Genggaman
MENGGAPAI BULAN : Topi Bulat Dalam Genggaman / Hadijah Ahmad
ISBN: 9789672831518
Penerbit: Penerbit UMPSA
Nombor Panggilan: LB2386 .H33 2022
Tahun Terbit: 2022
Muka Surat: 95
URL eFind:
https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=99770
Buku Menggapai Bulan: Topi Bulat Dalam Genggaman merupakan sebuah karya Dr. Hadijah Binti Ahmad yang kini merupakan pensyarah Pusat Sains Kemanusiaan di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Melalui buku ini, penulis membawa pembaca menyusuri perjalanan akademik yang dilalui dengan penuh cabaran dan ketabahan dengan gaya penulisan yang santai dan reflektif.
Ringkasan buku oleh: Puan Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Dari segi kandungan, buku ini sebagai dokumentasi kepada perjalanan penulis dalam menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD). Gaya penceritaan yang disampaikan bersifat jujur dan membolehkan pembaca menelusuri cabaran seorang pelajar dari pelbagai sudut seperti emosi, budaya, keluarga dan sistem pendidikan di institusi. Bukan sekadar berkongsi kisah kejayaan, malah pembaca juga dibawa bersama menyelami cerita kegagalan, rasa putus asa dan konflik dalaman yang dilalui penulis sepanjang perjalanan akademiknya. Ini sekaligus menjadikan karya sebagai satu penulisan yang realistik.
Dari segi struktur kandungan, setiap bab membawa tema yang berbeza tetapi saling berkait. Penulis turut berkongsi tips dan kaedah pembelajaran yang berkesan berdasarkan pengalaman sebenar beliau. Sebagai contoh pada bab Kaedah Reading In Systematic Way penulis berkongsi kaedah membaca artikel jurnal dengan sistematik melalui kaedah seperti systematic review, scoping review dan mapping review.
Secara keseluruhannya, buku Menggapai Bulan: Topi Bulat Dalam Genggaman merupakan sebuah karya yang menyentuh hati dan memberi inspirasi. Ia bukan sahaja menceritakan kisah kejayaan, tetapi juga membawa pembaca menyelami liku-liku cabaran dan kegagalan yang dilalui oleh penulis. Buku ini amat sesuai dibaca oleh pelajar, pensyarah, mahupun sesiapa yang ingin mendapatkan inspirasi dalam menempuh perjalanan hidup dan akademik. Ia bukan sekadar kisah peribadi, tetapi sebuah panduan dan peringatan bahawa setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dan kesungguhan yang berterusan.
Ringkasan buku oleh: Puan Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.