Jangan ganggu lepas waktu kerja, boleh? Bagaimana mengurus kerjaya agar kehidupan tidak dirasakan sia-sia
Jangan ganggu lepas waktu kerja, boleh? bagaimana mengurus kerjaya agar kehidupan tidak dirasakan sia-sia – Dr. Alizi Alias, Iman Danial Hakim
ISBN : 9786297665337
Penerbit : Iman Publication Sdn Bhd
No. Panggilan : HD4904.25 .A45 2024
Tahun diterbitkan : 2024
Muka surat : 218
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=102445
ISBN : 9786297665337
Penerbit : Iman Publication Sdn Bhd
No. Panggilan : HD4904.25 .A45 2024
Tahun diterbitkan : 2024
Muka surat : 218
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=102445
Buku ini mengupas dilema pekerja masa kini yang sering dibebani dengan tuntutan kerja di luar waktu pejabat, terutamanya sejak kemunculan norma baharu. Melalui pendekatan psikologi dan perkongsian pengalaman peribadi, penulis membimbing pembaca dalam menetapkan sempadan yang jelas antara kerjaya dan kehidupan peribadi. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan menjaga kesihatan mental agar kejayaan profesional tidak mengorbankan kebahagiaan diri.
Karya ini amat sesuai untuk golongan profesional yang bergelut mencari keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Ia membincangkan konsep penting seperti work-life balance, work-life integration, dan work-life harmony, sambil memberi ruang kepada pembaca untuk memilih pendekatan yang paling relevan dengan situasi masing-masing.
Gaya bahasa yang digunakan mudah difahami, disertai contoh-contoh yang dekat dengan kehidupan harian. Pembaca dapat mengaitkan kandungan buku ini dengan pengalaman sendiri, menjadikannya bukan sekadar teori tetapi panduan praktikal dalam mengurus kehidupan seharian. Beberapa bab turut disertakan dengan ilustrasi menarik yang membantu pemahaman, khususnya bagi pembaca visual.
Buku ini disyorkan kepada semua peringkat pekerja terutamanya mereka yang baru memulakan kerjaya, mengalami lesu upaya (burnout), atau sedang menilai semula makna kejayaan dalam hidup. Penulis mengajak pembaca untuk merenung kembali keutamaan hidup serta menegaskan betapa pentingnya menetapkan sempadan yang sihat demi kesejahteraan diri yang berpanjangan. Keseluruhannya, buku ini memberikan panduan dan kesedaran yang amat diperlukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengejar kejayaan kerjaya tanpa mengorbankan nilai dan kualiti kehidupan peribadi.
Ringkasan buku oleh: Nor Ashikin Binti Ahmad, Pustakawan Kanan