Get Fit Walking

Get Fit Walking

Get Fit Walking / Sam Murphy

ISBN : 9780713664607
Penerbit : A & C Black Publisher
Pengarang : Sam Murphy
No. Panggilan : GV 1071.M87 2006
Tahun diterbitkan : 2006
Muka surat : 122 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=43219

Pada masa kini kesedaran untuk menjaga kesihatan telah meningkat. Namun cara paling natural, mudah, murah dan praktikal adalah dengan berjalan kaki. Buku "Get Fit Walking" oleh Sam Murphy adalah panduan yang komprehensif dan praktikal bagi sesiapa yang ingin meningkatkan kecergasan mereka melalui berjalan kaki. Ia merangkumi pelbagai aspek berjalan kaki, daripada teknik yang betul hingga merancang program latihan yang berkesan.

Fakta menarik melalui aktiviti berjalan kaki adalah ia boleh dilakukan oleh semua peringkat umur, daripada kanan-kanak, warga emas mahupun wanita mengandung. Melalui buku ini, pengarang menjelaskan teknik berjalan yang betul, termasuk postur badan, langkah kaki, dan pernafasan. Beliau juga memberikan tips tentang memilih kasut dan pakaian yang sesuai untuk berjalan kaki.

Bahagian seterusnya buku ini membahaskan tentang bagaimana seseorang itu boleh merancang program latihan berjalan kaki yang sesuai dengan tahap kecergasan dan matlamat individu tersebut. Contohnya aktiviti berjalan kaki untuk menurunkan berat badan. Melalui aktiviti berjalan kaki dapat membakar kalori, meningkatkan kesihatan jantung dan dapat mencegah penyakit kardiovaskular. Berjalan kaki juga boleh meningkatkan kekuatan dan daya tahan serta dapat membantu pemulihan selepas kecederaan.

Melalui buku ini juga, pengarang turut berkongsi tips dan menitikberatkan pola pemakanan sihat, pengambilan air putih untuk kekal hidrasi serta melakukan regangan sebelum dan selepas berjalan.

Secara keseluruhan, "Get Fit Walking" adalah buku yang komprehensif, praktikal, dan inspiratif. Ia sangat berguna bagi sesiapa yang ingin meningkatkan kecergasan mereka melalui berjalan dan sangat sesuai untuk semua peringkat kecergasan,lapisan umur, daripada pemula hingga mereka yang sudah aktif berjalan kaki.

Ringkasan buku oleh: Wan Rosnur Irma Wan Mohamad, Pembantu Pustakawan